Tuesday, August 25, 2009

Anwar Rela Gelaran DiTarik Semula
ogos 25 09


PERMATANG PASIR - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim rela sekiranya darjah kebesaran ‘Datuk’ dan ‘Datuk Seri’ ditarik balik, berikutan isu yang melabelkannya sebagai pengkhianat bangsa Melayu.

Anwar berkata, beliau tidak pernah meminta darjah kebesaran sejak dahulu lagi dan jika ada pihak mahu menarik balik boleh berbuat demikian.

Menurutnya, tindakan beliau menyokong DAP dan Pas adalah bukan untuk mendapatkan ganjaran tetapi atas dasar mahukan perubahan untuk rakyat.

“Saya menyokong bukan minta tanah, bukan minta saham...Datuk Seri pun tak, kalau nak ambil balik saya ada satu almari (pingat) Datuk.

“Saya kata kalau minta balik, tak apa bagi balik. Saya tak minta, saya tak pernah minta, tak pernah menulis surat, orang-orang Permatang Pauh tahu yang saya tidak pernah minta,” katanya ketika berucap pada ceramah di kawasan Permatang Janggus, kelmarin.

Menurutnya, beliau pernah menolak tawaran pingat kebesaran oleh Yang Dipertua Pulau Pinang atas alasan belum lagi melakukan jasa secukupnya.

“Saya beritahu pada (Datin Seri) Azizah kalau siapa minta balik, boleh ambil... Jangan serah balik, letak di pagar suruh mereka ambil balik,” katanya.

Sejak beliau dikecam sebagai pengkhianat bangsa Melayu, ada pandangan meminta agar gelaran 'Datuk' dan 'Datuk Seri' ditarik balik.

Isu Anwar pengkhianat bangsa Melayu juga menjadi perhatian sepanjang kempen pilihan raya Permatang Pasir.

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran