Tee keat Arah Buat EGM Sekat Pengaruh Soi Lek
ogos 31 09
KUALA LUMPUR, 31 Ogos (Bernama) -- Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat telah mengarahkan supaya diadakan mesyuarat agung luarbiasa (EGM) parti, seminggu selepas parti itu memecat timbalan presiden Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.
Ong mengeluarkan arahan itu kepada Setiausaha Agung parti Datuk Wong Foon Ming pada pagi Isnin, kata setiausaha politik Ong, Simon Lim.
Wong, semasa dihubungi mengesahkan yang beliau telah menerima arahan daripada Ong supaya diadakan EGM dalam tempoh 30 hari dan beliau sedang dalam proses menetapkan tarikh itu.
"Kami sedang dalam proses menetapkan tarikh, masa dan venue bagi EGM. Saya berharap kami dapat menetapkan semua itu pada hari ini juga dan notis boleh dikeluarkan esok," katanya kepada Bernama.
Agenda EGM masih belum ditetapkan lagi tetapi Bernama difahamkan antara yang utama ialah usaha mendapatkan sokongan perwakilan terhadap keputusan Majlis Presiden memecat Dr Chua dan undi percaya terhadap kepimpinan Ong.
Keputusan Ong untuk mengadakan EGM itu dibuat ekoran bantahan oleh penyokong Dr Chua yang telah melancarkan kempen mengumpulkan tandatangan di kalangan perwakilan parti supaya diadakan EGM.
Mengikut perlembagaan parti, EGM boleh diadakan melalui tiga kaedah -- persetujuan satu pertiga perwakilan, arahan daripada presiden parti, atau persetujuan satu pertiga anggota jawatankuasa pusat parti.
UMNO-Online buat lawak Altantunya... kahkahkah
22 minutes ago
No comments:
Post a Comment