Kemelut T'gganu : Adun Akui ada rundingan Utk Keluar Umno
ogos 28 09
Seorang wakil rakyat Umno Terengganu hari ini mengakui memang ada rundingan melibatkan beberapa orang wakil rakyat lain parti berkenaan berhubung cadangan untuk lompat parti.
ADUN Hulu Besut, Nawi Mohamad berkata cakap-cakap mengenai tindakan untuk meninggalkan Umno bermula sejak dua bulan lalu, berikutan rasa tidak senang dengan kepemimpinan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said.
"Ini bermula daripada cadangan. Cadangan ini ada daripada PKR dan ada daripada individu," katanya kepada Malaysiakini, tanpa menamakan individu-individu berkenaan.
Jelasnya, pertemuan seumpama itu juga diadakan secara tidak rasmi di antara beliau sendiri dan beberapa lagi wakil rakyat Umno negeri itu.
Beliau turut mengesahkan terdapat sembilan orang wakil wakyat Umno yang kini tidak lagi menyokong kepimpinan ADUN Kijal.
"Memang betul kami tidak berpuas hati dengan menteri besar," kata Nawi lagi.
Ditanya sama ada wujud rundingan balas pihak menteri besar atau Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak untuk memujuk mereka kekal dalam Umno, Nawi berkata: "Tidak ada."
Beliau juga menolak laporan media bahawa tindakan mereka itu akan disekat oleh pemimpin-pemimpin tertentu PAS Terengganu.
"Maknanya sekarang ini, bebaslah (kami) sama ada hendak kekal atau hendak keluar daripada parti," katanya.
Sementara itu, ADUN Alor Limbat, Alias Abdullah pula tidak tahu-menahu mengenai rancangan sembilan wakil rakyat Umno di negeri itu untuk menyertai PKR.
"Saya sendiri tidak pernah mendengar (nak lompat). Belum ada lagi yang nak lompat,” kata wakil rakyat Umno itu ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.
"Kita tidak pernah berbincang tentang perkara ini."
Tokeyai
Ada yang kata ada ada yang kata tak ada...mengada-ngada pulak cakap aje terus terang nak lompat...tapi bab-bab lompat ni tokeyai tak berapa setujulah penuh dengan konflik kemudian hari nanti dia yang elok bubar aje dun tu selesai semua masalah...
UMNO-Online buat lawak Altantunya... kahkahkah
22 minutes ago
No comments:
Post a Comment