Wednesday, August 12, 2009

Muhyiddin Menyalakan Api Perkauman
ogos 12 09



muhyiddin yassin universiti malaya 020609
Muhyiddin atas kapasitinya sebagai TPM seolah-olah memberinya lesen untuk bercakap dan menimbulkan serta membangkitkan api perkauman dikalangan orang melayu dan kaum-kaum lain dan tidak mungkin peristiwa 13 mei akan berulang jika api perkauman ini terus dimainkan...dalam keadaan UMno yang semakin lemah dan hilang belangnya dia begitu galak sekarang untuk memancing undi melayu dengan menjual cerita bahawa melayu akan terus terancam jika bukan UMno dan BN yang memerintah negara ini..apa sebenarnya motif yang cuba disampaikannya apakah nasib melayu akan hancur jika orang lain yang memerintah negara ini...apakah nasib orang melayu terbela dan berada dalam kedudukan kukuh selama UMnoBN memerintah negara ini...Sebenarnya muhyiddin sengaja menjaja cerita ini dalam helah politiknya untuk membodohkan rakyat dari isu-isu besar negara seperti H1N1 PPSMI KEMELUT EKONOMI SEGALA TAMBANG NAIK GULA HABIS PETROL NAIK SEPT INI DAN YANG PENTING JAMBATAN DIMANIK URAI serta banyak lagi isu-isu nasional....Terkini dalam setiap ucapannya dia seboleh-bolehnya akan menakutkan orang melayu jika bukan UMno memerintah melayu akan hilang segalanya...ini jelas menunjukkan kebodohan pemikiran muhyiddin dalam berpolitik manusia ini selain nabi dan rasul walau besar mana pangkat pun ada kebodohannya dan inilah kebodohan yang ketara pada muhyiddin memainkan isu takut dan menakutkan....melayu yang cerdik akan ketawa apabila mendengar muhyiddin bercakap macam itu... melayu yang cerdik tidak akan mudah lupa pada apa yang telah dilakukannya diJohor melayu yang cerdik akan mentertawakan pemimpin yang bodoh macam ini...apa dengan memainkan isu perkauman ini dia boleh berjaya memperkuatkan UMno dan menjadi PM...Tokeyai tak boleh bayangkan jika dia menjadi PM mampus bangsa lain dan orang-orang macam tokeyai ini....pemikiran dia kini jelas menunjukkan diri dia yang sebenar anti kaum lain dimalaysia cukup bahaya orang macam ini jika jadi PM...sikap keadilan kepada semua kaum yang dituntut oleh agama dan persekutuan tidak ada dalam kamus hidup dia dirinya sentiasa dibayangi perasaaan buruksangka kepada kaum lain...bahaya bahaya cukup bahaya...Sekarang inipun terang-terang dia dah cakap bangsa lain akan memijak kepala orang melayu dan hak melayu akan hilang jika Anwar menjadi PM...bukankah ini mengajak orang melayu memberontak dan bagaimana pula perasaan kaum cina india iban kadazan dusun DLL apabila mendengar muhyiddin bercakap macam itu tentu sekali mereka rasa marah kerana dituduh akan merampas hak melayu yang sudah tentu tidak mungkin kerana dilindung oleh perlembagaan...apa jenis orang muhyiddin ni...ini betul-betul menghasut dan boleh menimbulkan ketegangan antara kaum....siapa sebenarnya pengkhianat ini Anwar ke muhyiddin..Bukankah tindakan menghasut ini boleh didakwa bawah ISA...muhyiddin tak boleh didakwa ke kerana menghasut....inilah sikap kerajaan tokeyai malas nak cakap....dengan menimbulkan polimek perkauman ini muhyiddin cuba menunjukkan kepada najib dia seorang TPM yang baik dan buat kerja tetapi sebenarnya dia telah menyalakan sumbu api perkauman yang akan membakar malaysia dan seterusnya hilang dari Peta Dunia...SIAPA SEBENARNYA PENGKHIANAT.....BINASALAH KAU MUHYIDDIN



KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan orang Melayu mengenai individu-individu yang sanggup mengkhianati bangsa sendiri semata-mata untuk kepentingan politik masing-masing.

Beliau berkata individu-individu seperti itu sanggup mengorbankan bangsanya sendiri demi memastikan cita-cita politik mereka tercapai.

"Menjadi tanggungjawab saya untuk menentang habis-habisan pihak yang sebegini. Saya tidak dapat bayangkan bagaimana keadaan negara kalau kita (BN dan Umno) tidak berkuasa pada pilihan raya umum akan datang," katanya ketika merasmikan mesyuarat agung Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) di sini Isnin.

Terdahulu, beliau merasmikan pembukaan Hotel Regency International di Jalan Raja Alang, yang merupakan cawangan kesembilan rangkaian hotel itu di negara ini.

Muhyiddin juga berkata apa yang membimbangkannya kini ialah terdapat orang Melayu yang menyokong orang bukan Melayu yang berani mempersoalkan hak dan dasar-dasar yang dibuat untuk orang Melayu.

"Saya tidak akan berhenti mengingatkan dalam tempoh setahun dua ini bahaya yang bakal kita hadapi. Bahaya sentiasa ada di hadapan kerana adanya Melayu yang gemar memutarbelitkan fakta yang pastinya disukai kaum bukan Melayu yang berkepentingan," katanya.

Beliau mengajak orang Melayu supaya menentang pihak-pihak yang menjadi pengkhianat dan penderhaka ini yang hanya akan menyukarkan perjuangan Umno untuk terus mempertahankan kedudukan orang Melayu.

Katanya orang Melayu seharusnya memikirkan sedalam-dalamnya masa depan mereka daripada pelbagai segi kerana jika Umno tidak lagi berkuasa, maka kedudukan orang Melayu akan mudah diganggu gugat.

"Selama puluhan tahun, saya fikir saudara saudari tak pernah terfikir mengenai perkara ini kerana selama ini gerak geri saudara saudari tidak pernah tersekat kerana anda tahu Umno dan Barisan Nasional yang memerintah.

"Tetapi sekarang kita mudah tercabar. Selepas pilihan raya umum, mereka melihat politik boleh mengubah segala-galanya. Sebab itu ada pihak yang ghairah untuk merebut tempat tanpa memikirkan masa depan orang Melayu," katanya.

Muhyiddin mengajak pertubuhan-pertubuhan ekonomi orang Melayu dan bumiputera seperti Perdasama supaya membantu kerajaan memberi penerangan kepada anggota-anggota mereka mengenai situasi politik yang boleh menjejaskan suasana ekonomi pada hari ini.

"Ini tanggungjawab besar kerana jika kita tidak endahkan, jika terjadi sesuatu...jangan menyesal," katanya.

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran