Tuesday, August 11, 2009

H1N1 - Saman kerajaan
tiada penguatkuasaan serius
ogos 11 09


Mengikut statistik terbaru 6 kematian dan 270 kes terbaru menjadikan kematian kepada 38 orang dan jumlah kes jangkitan naik mendadak kepada 2253 kes dan mengikut WHO menganggarkan 5000-28000 rakyat malaysia akan mati jika 20% dari 27.7. juta dijangkiti H1N1 ini Unjuran ini dengan mengambil kira andaian kadar kematian antara 0.1 hingga 0.5 peratus daripada 5.5 juta orang yang dijangkiti, kata pengarah penyakit berjangkit WHO Dr Tee Ah Sian hujung bulan lalu.
Ini bukan perkara main-main tapi kerajaan kita buat main-main setiap kali PC balaci-balacinya akan bercakap soal keadaan masih terkawal...Terkawal kepala tuuuuuut dia jika hari-hari ada yang mati ini bukan terkawalnya ini diluarkawalan namanya...dalam kes macam ini pun cakap nak menipu aja kerja...kenapa takut rakyat panik...tak payah cakap pun rakyat dah tau pegilah mana-mana klinik sekarang penuh dengan orang kalau dulu klinik tu tak ada orang sekarang penuh siap berbaris lagi...jadi apa masalah kerajaan ini...masalahnya kerajaan bila dah ada anakbini dia yang dah mati baru nak sibuk dan buat betul-betul...tak percaya cuba tengok sekarang apa yang dah kerajaan buat dalam membendung wabak ini tak ada wak cakap lu....abis kuat dia suruh rakyat mengamalkan cara hidup sihat...tak ada pun dia mewajibkan semua sekolah atau orang awam pakai penutup mulut bila keluar tak ada itu pasallah wabak ni merebak cepat....sebab apa dia tak nak kuatkuasakan pemakaian mask ini sebab takut pelancong tak datang sini nanti ingat malaysia dah kena teruk wabak ini...memang dah teruk pun nak cakap apa lagi...hari-hari ada yang mati tu tak teruk ke...bengong betul lah.. dia orang kerajaan takut duit tak masuk kalau pelancong tak ada...jadi terpaksalah kita yang menjadi korban...tak guna punya kerajaan...Jadi sebelum kita yang mati seterusnya dan kepada pewaris-pewaris mangsa H1N1 yang telah meninggal mari kita ramai-ramai SAMAN kerajaan atas kecuaian dalam menangani wabak H1N1...

malaysiakini
Jumlah kematian akibat selesema A (H1N1) meningkat kepada 38 orang apabila enam lagi kematian dicatatkan dalam tempoh 24 jam.

Jumlah keseluruhan naik mendadak kepada 2,253 kes apabila 270 kes baru - rekod tertinggi dalam satu hari - dilaporkan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.

Semalam enam kematian, sementara kelmarin lapan kematian dilaporkan - termasuk kes-kes yang baru disahkan dan belum dilaporkan.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan 5,500 hingga 28,000 rakyat Malaysia akan mati dalam wabak selesema itu jika 20 peratus daripada 27.7 juta penduduk negara ini dijangkiti virus A (H1N1).

Unjuran ini dengan mengambil kira andaian kadar kematian antara 0.1 hingga 0.5 peratus daripada 5.5 juta orang yang dijangkiti, kata pengarah penyakit berjangkit WHO Dr Tee Ah Sian hujung bulan lalu
.

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran