Monday, August 24, 2009

Campurtangan Umno Kartika Sari bebas
ogos 24 09

SUNGAI SIPUT: Kartika Sari Dewi Shukarno, 32, yang sepatutnya dibawa ke Penjara Wanita Kajang bagi menjalani hukuman sebat kerana meminum arak, dibebaskan.

Seorang pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) berkata, perintah tahanan terhadap wanita itu tidak boleh dilaksanakan.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada hukuman itu dibatalkan atau ditangguhkan.
Kartika Sari yang kelihatan terkejut dengan keputusan itu, bagaimanapun enggan keluar dari van JAIP dan mendesak supaya beliau dibawa untuk menjalani hukuman.

Bapanya, Shukarnor Mutalib, berkata sebarang perubahan hukuman hanya akan mempersendakan Islam.

Kartika dijatuhkan hukuman maksimum enam sebatan dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan selepas mengaku salah minum arak di pusat hiburan di Cherating, dua tahun lalu.

Sebelum itu, tiga pegawai JAIP datang menjemput Kartika di rumah ibu bapanya di sini dengan sebuah van.

Kartika ditemani kakaknya, Kartina Sari Dewi, 34.
-bharian.com.my-

Tokeyai
Mesti ada tangan-tangan jalang yang menghalang hukum mahkamah syariah dilaksanakan siapa lagi kalau bukan sharizat dan juak-juaknya....islam diperlekehkan...

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran