Thursday, August 27, 2009

Sah Soi Lek Dipecat Serta Merta
ogos 27 09

Akhirnya chua soi lek orang no 2 MCA ditendang keluar tak tahulah ikut tingkap atau pintu tapi yang pasti MCA akan terus bergolak dan bergolak hanya menunggu masa ia menyembah bumi...terdahulu masalah Ong Tee Keat dengan Tiong dan PKFZ dan kini Ong berhadapan dengan pengundi MCA yang memilih Dr Chua dalam pemilihan parti tempohari....apa alasan yang hendak diberikannya nanti sedangkan 1Malaysia dah tahu skandal Dr Chua tentunya Dr Chua mempunyai ramai pengikut...apakah keputusan ini diterima oleh pengikut-pengikutnya...apakah Ong sendiri tidak boleh dipecat kerana skandal PKFZ dan Tiong....apakah ahli MCA semuanya pekak dan bisu...tapi yang pastinya Pakatan Rakyat sentiasa ada ruang untuk Dr Chua dan pengikut-pengikutnya meneruskan legasi politiknya....

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dipecat daripada MCA berkuatkuasa serta merta berikutan kes skandal seks beliau yang terpapar dalam DVD dua tahun lepas.

Presiden parti Datuk Seri Ong Tee Keat ketika mengumumkan berkata mesyuarat Majlis Presiden MCA menerima dengan sebulat suara cadangan Jawatankuasa Disiplin parti untuk memecat bekas Menteri Kesihatan itu berikutan kes tersebut.

"Di bawah Artikel 127 (A) perlembagaan parti Dr Chua dibenarkan mengemukakan rayuan kepada Jawatankuasa Pusat dalam tempoh 14 hari dari tarikh keputusan itu diterima oleh beliau daripada Majlis Presiden.

"Menurut Artikel 128 perlembagan tersebut, keputusan jawatankuasa itu adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan oleh atau di mana-mana mahkamah.

"Kita lakukan keputusan ini dengan berat hati setelah memberikan pertimbangan yang sewajarnya kerana perbuatan beliau itu telah menjejaskan imej parti," tegas beliau. "Keputusan ini dibuat demi kepentingan parti," kata Ong pada persidangan akhbar selepas mesyuarat Majlis Presiden yang bersidang hampir enam jam yang bermula pukul 7 malam.

Ong juga berkata beliau akan menjelaskan keputusan majlis itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku pengerusi Barisan Nasional (BN).

"Kita, sebagai anggota Majlis Presiden akan bersatu dan memikul tanggungjawab bersama berhubung keputusan ini," katanya tanpa menjawab sebarang soalan yang dibangkitkan oleh pemberita yang menunggu begitu lama untuk mengetahui keputusan mesyuarat penting itu.

Sementara itu, Dr Chua berkata beliau tidak terkejut dengan keputusan yang diputuskan oleh Jawatankuasa Disiplin parti malam ini.

Katanya, keputusan jawatankuasa itu turut dijangkakan oleh ramai anggota MCA yang lain ekoran Ong menganggap Dr Chua sebagai ancaman kepada parti.

"Sebenarnya keputusan ini memang dalam jangkaan saya dan ramai ahli MCA kerana sejak pemilihan parti Oktober lepas Presiden telah menganggap saya sebagai musuh dalam parti...anggap saya sebagai mengancam kedudukan beliau sebagai presiden," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Majlis Presiden itu di Wisma MCA di sini Rabu malam.

Dr Chua meninggalkan mesyuarat itu sebelum keputusan pemecatan beliau diumumkan.

Bagaimanapun, beliau berkata, sebagai anggota yang cinta dan taat setia kepada parti, beliau menghormati keputusan dan perakuan yang dibuat oleh Jawatankuasa Disiplin dan Majlis Presiden.

Ketika ditanya sama ada beliau akan mengemukakan rayuan kepada Jawatankuasa Disiplin dan Majlis Presiden, beliau berkata: "Sama ada merayu atau tidak merayu, saya belum memikirkan lagi mengenai keputusan itu".

Beliau juga menegaskan tidak akan menyertai parti pembangkang.- bernama

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran