Friday, August 14, 2009

SKANDAL MUHYIDDIN DAN ADAM HAMID
ogos 14 09



Penggerak demontrasi menyokong Muhyiddin adam hamid rupa-rupanya ada kautim dengan muhyiddin dulu patutlah ye..ye..sangat membodek muhyiddin sebab kalau muhyiddin kena dia pun kena sekali...alah biasalah orang UMno kalau over..over sangat tu mesti ada benda yang dia orang nak cover.....letihlah tokeyai nak ulas korang baca ajelah kat bawah ni...


Pautan dari MSO

Pinjaman Euro 10 Juta Apakah Muhyiddin Terlibat?

SEMASA Muhyiddin Yassin menjadi Menteri Pertanian dan Asas Tani beberapa tahun lalu berbangkit soal Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) telah menjadi penjamin kepada sebuah syarikat yang meminjam Euro 10 juta kira-kira RM46 juta dengan sebuah bank luar negara pada tahun 2006.

Pinjaman itu dibuat katanya untuk membina Fish Ptotect di kawasan parlimen Pagoh di Johor. Parlimen Pagoh diwakili Muhyiddin (foto). Sampai kini projek itu tidak dibangunkan. Tindakan LKIM itu dikatakan menyalahi undang-undang dan akta LKIM kerana ia meletakkan agensi kerajaan itu dalam bahaya dan berisiko tinggi menanggung beban tidak mutlak. Kerana sebagai penjamin LKIM kena bertanggungjawab melengsaikan pinjaman berkenaan sekiranya pemimjam gagal melunasinya.

LKIM juga tidak mempunyai kepentingan dalam syarikat berkenaan. Yang menghairankan kenapa LKIM bersedia untuk bertanggungjawab dengan menjadi penjamin ke atas pinjaman berkenaan? Apakah tindakan LKIM ketika itu atas persetujuan atau restu Menteri Pertanian dan Asas Tani yang bertanggungjawab ke atas LKIM? Perlantikan pengerusi LKIM adalah dalam bidang kuasa menteri berkenaan.

Yang menjadi Pengerusi LKIM ketika itu ialah Adam Abdul Hamid, ketua Umno bahagian Pulai. Baru-baru ini Adam mengikuti rombongan Timbalan Perdana Menteri ke Australia. Semasa di Perth, Adam membuat kenyataan Umno Johor akan mengadakan himpunan besar-besaran bagi melaungkan Anwar Ibrahim pengkhianat bangsa.

Bagaimanakah status mengenai pinjaman berkenaan? Pinjaman itu dikeluarkan oleh bank HSBC N.A New York, Amerika Syarikat. Apakah ianya sudah dibayar sepenuhnya oleh syarikat yang membuat pinjaman itu? Sebelum ini juga ada terdengar bank yang mengeluarkan pinjaman berkenaan sudah bercadang untuk menuntut bayaran balik itu dari LKIM menerusi wakilnya Barfkly Bank di Sinagpura.

Kes ini pernah timbulkan dalam surat khabar tidak lama dulu kemudian ditutup atas arahan bekas Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi. Apakah ianya sudah ke pengetahuan SPRM atau belum? Rasanya elok kalau Menteri Pertanian dan Asas Tani yang baru, Noh Omar menyelidik dan menyemak perkara ini. Sekiranya LKIM terpaksa menanggung untuk membayar balik pinjaman itu, wangnya sudah tentu milik para nelayan.

Gerakan Anti Korupsi (Gerak) yang cegas dalam membuat aduan mengenai penyelewengan dan penyalahgunakuasa kepada SPRM juga rasanya perlu membongkar permasalahan ini. Gerak terkenal dengan pembekal dan penerima maklumat berhubung penyelewengan masakan Gerak tidak pernah berjumpa dengan isu ini.

Hendaknya Gerak jangan memilih isu dan kumpulan tertentu saja untuk memangsakannya tetapi bertindaklah secara profesional, adil dan bebas.

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran