Wednesday, August 19, 2009

Padan Muka Berita Harian bayar Mahfuz 150k
ogos 19 09

Terlajak kereta boleh gostan terlajak melapor kono saman...itulah hakikat yang perlu diterima oleh akhbar pro UMnoBN berita hairan apabila kalah dalam kes saman dengan dato mahfuz...padan dengan muko lain kali buatlah banyak-banyak laporan yang menipu kok ye pun nak lakukan suratkhabar patut-patutlah jangan sampai pena menikam diri kalau tokeyai jadi dato mahfuz berbillion tokeyai saman biar lingkup terus berita harian..tak ada pun lagi bagus yelah kalau ada pun buat cerita menipu buat apa ini samalah macam utusan meloya tu...lepas ini utusan meloya pun jangan kasi can jangan suruh mintak maaf saman aje berbillion-billion biar lingkup jugak...

KUALA LUMPUR, 19 Ogos: Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan syarikat akhbar Berita Harian membayar gantirugi sebanyak RM150 ribu kepada Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berikutan laporan mereka sebelum ini yang berkaitan dengan dakwaan Mahfuz mengajak seorang menteri bertumbuk dalam parlimen.

Iklan

Berikutan itu satu sidang media khas akan diadakan jam 12 tengahari di Pejabat Pengurusan Harakah, No28,Jalan Pahang Barat, Kuala Lumpur. Selain Mahfuz, akan hadir sama pada sidang media tersebut peguamnya, Mohamed Hanipa Maidin.

Perbicaraan bermula di Mahkamah Tinggi Sivil, Jalan Duta. Namun keputusan dibuat di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini.

Mahfuz menamakan Dato' Ahmad Rejal Arbee dan NSTP Press Berhad sebagai defendan.

Perbicaraan berlangsung di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Mohd Yazid Mustafa.

Mahfuz diwakili Mohamed Hanipa Maidin yang juga Pengerusi Lajnah Undang-undang dan Guaman PAS manakala Rejal dan NSTP diwakili peguam Nad Segaram.

Saman fitnah Mahfuz itu dibuat ekoran laporan muka hadapan akhbar Berita Harian, 9 November 2000 bertajuk "Mahfuz ajak wakil BN bertumbuk".

Insiden itu berlaku ketika Mahfuz yang pada ketika itu Ahli Parlimen Pokok Sena sedang membentangkan usul tergempar di Dewan Rakyat berhubung keganasan polis dalam menyuraikan himpunan rakyat di Lebuh Raya Kesas berhampiran Jalan Kebun, Klang.

"Berita Harian melaporkan Mahfuz mengajak Ahli Parlimen Tampin, Dato' Shaziman Abu Mansor untuk bertumbuk di luar Dewan sedangkan beliau sebenarnya hanya menjawab cabaran Shaziman.

"Insiden itu direkodkan di dalam handsard Parlimen dan bukti menunjukkan Shaziman yang memulakan cabaran dan beliau kemudian ditenangkan oleh seorang penyokong kerajaan," jelas Hanipa kepada Harakahdaily. _

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran