Monday, August 10, 2009

Siapa kata UMno kuat
ogos 10 09

Benarkah UMno kuat atau indah kabar dari rupa... apabila belang telah hilang hanya menanti ajal menjemput....sila lihat gambaran dibawah

UMNO BUKIT MERTAJAM TOLAK PINDAAN PERLEMBAGAAN - malaysiakini

Umno Bahagian Bukit Mertajam yang mengadakan persidangan perwakilannya hari ini menolak sebulat suara cadangan pindaan perlembagaan parti itu.

Ketuanya Senator Musa Sheikh Fadzir berkata 173 perwakilan daripada 38 cawangan di bahagian itu, menolak cadangan pindaan perlembagaan Umno kerana ia dilakukan dalam keadaan tergesa-gesa.

"Sepatutnya, setiap ahli dan bahagian perlu mendapatkan penjelasan yang terperinci mengenai perkara-perkara yang hendak dipinda dan diberikan masa yang mencukupi untuk membincang dan membahaskannya," katanya.

Katanya, sebelum sebarang pindaan dibuat terhadap perlembagaan parti, kajian teliti perlu dibuat mengenai kesesuaian pindaan dan implikasinya.

UMNO KELANTAN TUBUH JAWATANKUASA KHAS SIASAT MENYUARAT UMNO RANTAU PANJANG - bernama

Badan Perhubungan Umno Kelantan menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat dua persidangan perwakilan Umno Bahagian Rantau Panjang yang diadakan serentak di dua lokasi pada Jumaat lalu.

Pengerusinya Mustapa Mohamed berkata jawatankuasa itu diketuai timbalannya Senator Awang Adek Hussein yang akan meneliti laporan mengenai dua mesyuarat itu.

Mustapa berkata isu dua mesyuarat itu adalah serius dan akan dijalankan siasatan segera.

Jumaat lepas, kumpulan diketuai Ketua Umno Bahagian Rantau Panjang Abdullah Mat Yasin mengadakan persidangan perwakilan di Dewan Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Lubok Jong di Pasir Mas manakala kumpulan yang diketuai Pengerusi Tetap Umno bahagian itu, Che Alwi Che Haron mengadakan persidangan perwakilan di Dewan Umno Kampung Lati, Rantau Panjang.

UMNO DITALKINKAN DI SABAH...


gambar ini dihantar melalui email. Menurut sumber tersebut peristiwa ini berlaku di kawasan Naib Presiden Umno dari Sabah, ia merupakan protes penduduk setempat kerana tidak puas hati dalam isu tanah.

Umno telah mati di hati rakyat !!


Satu sumber berita telah melaporkan UMNO Grik telah mengambil satu tindakan protesterhadap UMNO negeri Perak dengan menggantungkan bendera UMNO setengah tiang tandaberkabung dan lebih tepatnya ialah tindakan boikot dantidak puas hatiterhadap Menteri Besar Datuk Seri Dr. Zambry Kadir.

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran