Monday, August 17, 2009

Makin Kalut Ong dakwa wujud konpirasi dalam BN
ogos 17 09

Perbalahan antara Presiden MCA Ong Tee Keat dengan Ketua Eksekutif Kuala Dimensi Sdn Bhd, Tiong King Sing semakin hangat bahangnya, apabila Ong dilaporkan mendakwa dirinya mungkin dipecat, atau ditukar pangkat pada bila-bila masa, kerana meneruskan siasatan terhadap penyelewengan projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Sin Chew Daily memetik kata-kata pemimpin yang turut hadir dalam taklimat tertutup semalam, melaporkan Ong mendakwa dirinya dimaklumkan bahawa beliau bukanlah Presiden MCA yang disukai UMNO. Malah, Ong mendedahkan bahawa wujudnya kuasa dalam dan luar parti, yang sanggup menggulingkan Ong dengan RM100 juta.

Menurut laporan Sin Chew Daily, berdasarkan maklumat risikan yang terkumpul, Ong memberitahu bahawa sebuah parti baru bakal ditubuhkan, untuk menggantikan MCA dalam Barisan Nasional. Ong dituduh gagal mengembalikan sokongan masyarakat Cina terhadap BN, maka puak-puak tersebut kini "berkomplot" untuk menubuhkan parti baru untuk menggantikan MCA.

Sebelum ini, ketika ditemuramah beberapa media bahasa Cina, Ong Tee Keat berulang-kali menekankan bahawa dirinya menghadapi "serangan hendap" daripada musuh politik, malah diugut oleh kuasa kongsi gelap. Ong bagaimanapun enggan menamakan siapa sebenarnya dalang di sebalik "serangan hendap" yang dimaksudkan itu.-merdeka review

Tokeyai

Cepat-cepatlah MCA lingkup biar UMno dan BN pun ikut melingkup sekali.....tak moh cakap banyak kita tengok aje...

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran