Thursday, August 20, 2009

MALAYSIAKU MACAM-MACAM ADA
ogos 20 09

Hari ini tokeyai nak mengall in onekan posting tokeyai senang sikit banyak sangat benda-benda yang pelik-pelik dalam malaysiaku hari ini semalam dan besok untuk kita harungi dalam liku-liku hidup berkerajaankan UMnoBN....

Pasal H1N1
Sebelum ini tokeyai sekeluarga akan memakai mask kalau keluar pergi mana-mana maklumlah takut dijangkiti virus ni..bila keluar bertopenglah kami sekeluarga dah macam nak pergi merompak pulak malu pun ada ndak-ndak anak tokeyai yang kecik-kecik tu tapi kata orang alah bisa tegal biasa...hari itu tokeyai pergilah bank wah...jaga bank tu semacam aje tengok tokeyai yelah dah orang lain tak pakai tokeyai sorang je pakai mestilah wujud situasi pelik dan janggal tapi demi nyawa tokeyai ...tokeyai sempat sound jaga tu apa tengok-tengok...dia datang dekat kat tokeyai ingatkan nak ajak gaduh pasal tokeyai sound dia tadi...rupa-rupanya dia tanya tokeyai...u ada H1N1 kah...wah menyirap darah tokeyai ini sudah lebih tokeyaipun apalagi pot pet pot pet lah kat jaga tu orang pun dok sibuk mandang bengang siut dituduh pembawa H1N1 kita yang pakai mask pasal nak elak virus dia tuduh macam tu pulak...inilah malangnya kat malaysia ini apabila kerajaan tak serius menangani wabak ini sepatutnya diwajibkan memakai mask ni biar semua orang pakai baru tak kelihatan pelik dan janggal...kat tempat tokeyai dua orang cikgu dan sorang doktor dan menemui ajalnya pasal H1N1 ni tak tahulah tokeyai dia orang ni masuk ke tak dalam angka 67 orang yang dah mati tu sebab tokeyai tak perasan pun tempat tokeyai disebut oleh PC MOH setiap kali ada kematian..takut-takut dia orang sengaja merahsiakan jumlah kematian yang sebenar manalah tau malaysiakan macam-macam boleh...tengok video dibawah asal-usul selsema babi ni...








Pasal Internet dan blogger

Semalam menteri hishamudin dan dua menteri yang lain memberi amaran kepada pengguna internet dan para blogger terutamanya pro PR mereka akan disekat dan didakwa jika menumbulkan isu-isu fitnah dan menghasut rakyat...bagi tokeyai ini jelas satu lagi tindakan terdesak UMnoBn yang dah tak ada pengaruh untuk kekal berkuasa...sekarang semua jalan dia dah buat roadblock apa tujuan ni...tak lain dan tak bukan untuk mematikan amalan demokrasi dinegara ini mereka terlalu takut akan kehilangan kuasa takut segala kebobrokan mereka dibongkar jika PR memerintah itu sebenarnya bukan kerana ketuanan melayu seperti yang dilaung-laungkan..mereka sengaja menakut-menakutkan rakyat dengan pelbagai akta dan dakwaan dengan harapan mereka dapat terus menipu dan membodohkan rakyat dengan kenyataan-kenyataan sedap telinga mendengarnya mereka dah tak mampu untuk berdepan dengan rakyat dan PR secara gentleman kerana sememangnya UMnoBN telah lumpuh dan hanya menunggu masa untuk dibubarkan jadi tidak hairan akhirnya mereka terpaksa menggunakan segala jalan untuk menyelamatkan sisa-sisa nyawa yang ada.....

kenyataan hishamudin,
Kerajaan bercadang mengambil tindakan lebih tegas dengan "menyekat capaian kepada blog dan laman web" yang didakwa menerbitkan kenyataan palsu, berbau hasutan dan mempersendakan agama, kata menteri dalam negeri.

Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata kerajaan akan memantau secara serius penerbitan di Internet termasuk mengambil tindakan melalui undang-undang sedia ada.

"Usaha ini termasuk mendakwa penulis laman web dan blog yang melakukan kesalahan mengeluarkan kenyataan palsu, lucah atau hasutan yang menimbulkan syak wasangka dan perpecahan kaum serta kenyataan yang mempersendakan agama," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pasal Ibrahim Alkataki menghasut orang melayu tentang kaum lain

Sapa tak kenal dengan mamat sekor ni...semua orang kenal...kononnya dia dan perkasanya itu memperjuangkan melayu secara total tak ada orang lain selain dia dan perkasanya itu yang berjuang untuk melayu...apa dia ingat dia tu handal sangat ke sampai berapi-rapi menghasut orang melayu menentang kaum lain...apa selama ini terbela sangatkah melayu dibawah UMno sapa yang buat melayu kehilangan sebahagian kalau tak semua hak mereka PKRkah PASkah atau DAPkah sapa yang buat orang cina terus kaya dan orang melayu terus miskin..jawablah katak jangan main ikut sedap mulut aje.. ini sorang lagi berjuang untuk menyelamatkan diri sendiri yelah PRU akan datang belum tentu jadi calon mana-mana parti... bebas mungkinlah dan belum tentu menang jadi strategi diatur sekarang untuk menghasut melayu bagi undi kat dia tempat nak bertanding pun mesti majoriti orang melayu sebab undi kaum lain jangan harap dia dapat..dalam pandai banyak bodohnya dia ni...jika tercetusnya sekali lagi 13 mei Ibrahim Alkataki nilah puncanya jadi sebelum terjadi kerajaaan perlu memenjarakan penghasut tegar ni dibawah akta hasutan kan ISA masih ada gunalah kat berahim ni..

baca kenyataan dia

“Sehari selepas angkat sumpah sebagai MP, saya perhatikan MP bukan Melayu dalam Dewan Rakyat. Orang India, orang Cina, ramainya bangsa ini. Seolah-olah mereka yang paling berkuasa. Mereka melihat bangsa Melayu terlalu kecil dan kerdil. Akhirnya saya yang bertanding gunakan lambang PAS terpaksa berkelahi dengan mereka. Muncullah perkataan barua dan sebagainya.”

“Mana pemimpin
kijang emas Melayu? Mana pemimpin Melayu yang tinggal di Kenny Hill?Saya yang dikatakan Katak ini pula terpaksa mempertahan hak Melayu. Kenapa Melayu jadi begini?” begitulah antara ayat Dato Ibrahim Ali.

“Orang Melayu mesti tunjukkan kekuatan dan perpaduan mereka, jika tidak, kaum imigran akan memperleceh dan mempersenda orang Melayu”. Beliau menegaskan, keberanian dan sikap kurang ajar kaum lain seperti Hindraff kerana orang Melayu lemah dan tidak bersatu. Semua ini adalah angkara pemimpin Melayu yang telah menjadi Machiavelli. Pemimpin Melayu yang
open the floodgates itu ialah Anwar Ibrahim.

Menurut Dato Ibrahim, isu Anwar pengkhianat Melayu yang ditimbulkan Tan Sri Muhyiddin merujuk kepada apa yang Anwar lakukan selepas beliau menjadi pemimpin pembangkang bukan semasa dia berada dalam UMNO. Semasa di kampus, Anwar kerap berjanji tidak akan mengikuti ajaran Machiavelli. Kita pun kagum dan sokong dia. Tetapi sebenarnya Anwar adalah pengikut setia Machiavelli kerana cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri. Dia akan sanggup gadai bangsa dan agama untuk mencapai matlamatnya.

Saya tegaskan bahawa bangsa Melayu hari ini tidak bertindak terhadap bangsa-bangsa lain kerana kita menghormati pihak berkuasa, pihak polis dan pihak keselamatan. Kita menghormati arahan mereka. Tetapi jika pihak berkuasa masih terlalu berlembut dan orang Melayu dan Islam terus dihina dan di cerca, orang Melayu tidak takut menghadapi satu lagi peristiwa 13 Mei sekali lagi” Tegas Ibrahim Ali yang mendapat tepukan gemuruh.-blog musli oli

Dari malaysiakini

  • Tiong: Saya bukan mesin ATM BN
    Salhan K Ahmad | Aug 19, 09 6:02pm
  • NONEDatuk Seri Tiong King Sing dikenali sebagai "mesin ATM BN" kerana reputasinya yang dikenali amat murah hati untuk memberi bantuan kepada rakan-rakannya dalam BN. Tetapi beliau menolak tanggapan tersebut.LAGI
  • 'Jangan cakap macam tu'
    'Bukan parti Cina sahaja'
  • 'Berdemo tanpa permit polis'
    Salhan K Ahmad | Aug 19, 09 4:47pm
  • hishammuddin hussienkemaskini Akta Polis akan disemak semula bagi membolehkan orang ramai berhimpun di tempat-tempat yang ditetapkan tanpa perlu memohon permit polis, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.LAGI
  • Pinda Akta Polis
    Di tempat selamat
  • Kerusi DUN Kota Siputeh kosong?
    Aug 19, 09 4:37pm
  • Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail mendakwa ADUN Kota Siputeh Datuk Abu Hassan Sarif dari Umno hilang keanggotaannya, kerana dua kali gagal menghadiri sidang DUN.LAGI
  • Hantar surat pada SPR
    Seksyen 51 Perlembagaan Kedah
  • Harga topeng H1N1 kini dikawal
    Aug 19, 09 8:00pm
  • Topeng penutup hidung dan mulut diisytiharkan sebagai barangan kawalan sementara berkuatkuasa serta merta dengan harga berkisar antara tujuh sen hingga RM6 seunit berdasarkan kualiti.LAGI
  • Didenda hingga RM25,000
    Jangan guna topeng satu, dua lapis
  • Inkues: Koroner arah siasat surat misteri
    Aug 19, 09 6:40pm
  • azlanKoroner Azmil Muntapha Abas yang meneliti kandungan surat itu berkata ia jelas terdapat beberapa elemen yang berkait rapat dengan perjalanan prosiding inkues kematian Teoh Beng Hock.LAGI
  • Diterima peguam keluarga Teoh
    Arah jangan dedah pada media
  • Tempoh tahanan ISA dikurangkan
    Salhan K Ahmad | Aug 19, 09 5:49pm
  • dikemaskini Tempoh penahanan tanpa bicara bawah undang-undang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan dikurangkan tetapi akta kontroversi tersebut tidak akan dimansuh sepenuhnya.LAGI
  • Dibentang Oktober ini
    Kawalan ke atas Internet
  • Ku Li: Apakah Umno kurang calon?
    Aug 19, 09 1:05pm
  • tengku razaleighBekas naib presiden Umno itu merujuk kepada pemilihan Rohaizat Othman - yang telah dilucutkan kelayakannya sebagai peguam - sebagai calon BN dalam pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir.LAGI
  • 'Umno ketiadaan calon?'
    Keyakinan rakyat

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran