Thursday, August 13, 2009

Dato Onn benci orang UMno
ogos 13 09

Kalaulah dato onn masih hidup tentu sekali dia naik menyampah dengan perangai orang-orang Umno yang tak habis-habis memainkan isu pengkhianat semata-mata nak meraih simpati dan menimbulkan perasaan tidak senang dikalangan kaum lain....besok umno johor yang menjaja nama dato onn akan mengadakan demonstrasi istilah yang digunakan ialah perhimpunan untuk menyokong muhyiddin dan melabel anwar sebagai pengkhianat....apa kena dengan umno johor ini beriya-iya sangat menyokong muhyiddin apa dah gerenti muhyiddin akan jadi PM ke..maklumlah orang johor dah lama tak jadi PM last sekali Tun Hussein onn mana adil ye tak....muka - muka yang naik syok macam adam hamid puad zarkashi mohamad aziz yang kuat membodek muhyiddin ini sebab ada can jadi menteri..tak usah nak kelentong lah beb..lu orang umno kalau buat kerja tak ada balasan tak sah punya bukan orang umno namanya...Ni kang nak buat demo ni dah dapat permit belum...takkan hisahamudin menteri polis tak bagi kut..tak gereklah macam tu...melalak dan menjeritlah korang macam anjing menyalak bukit tak do den kesah lah aii...

Ni siadam tu cakap
"Apabila Anwar berada dalam penjara, suasana lebih aman tetapi sejak kebelakangan ini, wujud demonstrasi jalanan dan orang menunjuk kuasa di jalan, keadaan ini mesti kita bendung,'' katanya.

Habis yang korang buat tu menatang apo bukan demontrasi jugak ke namanya tinggal lagi korang guna istilah perhimpunan kononya biar nampak macam baik....baik kepala tuuuuuut kau...ni den nak cakap kek korang negara akan lebih aman kalau penyangak-penyangak penyamun-penyamun pembodek-pembodek macam korang ni tak ado pupus dari muka bumi ni...Selamat berdemonstrasi kalau den ado maso nanti den pancutkan korang dengan air paip dan den bakar sampah biar ada asap berkepul-kepul biar gempak sikit keluar TV....baru real ada air ada asap demo apa kalau setakat dok melalak macam orang gilo...tak gitu ziz...

utusan

JOHOR BAHRU 12 Ogos - Lebih 10,000 orang dijangka menghadiri perhimpunan raksasa bagi melaungkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pengkhianat bangsa di Padang Merdeka Batu Pahat, dekat sini Jumaat ini.

Perhimpunan anjuran bahagian-bahagian UMNO Johor itu juga bertujuan menyatakan sokongan kepada Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melabelkan Anwar sebagai pengkhianat bangsa.

Ketua UMNO Bahagian Kulai, Datuk Adam Hamid berkata, UMNO Bahagian Batu Pahat dan UMNO Bahagian Sri Gading bersetuju menjadi tuan rumah perhimpunan yang bermula pukul 5 petang itu.

"Batu Pahat dipilih kerana di situlah pejuang kemerdekaan, Datuk Onn Jaafar pertama kali mengumpulkan orang Melayu untuk keluar beramai-ramai membawa sepanduk untuk menentang Malayan Union," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini.

Adam berkata, beberapa pemimpin masyarakat termasuk Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Dr. Puad Zarkashi dan Ketua UMNO Bahagian Seri Gading, Datuk Mohamed Aziz akan menyampaikan ucapan.


No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran