Friday, June 25, 2010

ZAMIHAN MELAYU PHD

Zamihan tu orang apa....melayu kan.....geng-geng dia yang lain tu pun melayu kan.....korang tak kan tak tahu sifat semulajadi orang melayu....banyak PHD nya....perasaan hasad dengki....bukan boleh tengok orang lain lebih menonjol dari dia....mulalah dicari alasan untuk melingkupkan orang itu.....baik dalam politik ke agama ke sama ajer.....PHD tu dah berakar umbi dan berada dimana-mana....korang tengok sizamihan tu dahi dah lebam tu....tak tahu la lebam sebab apa....lagi nak mengaibkan orang dan mengglamorkan diri....sebab tu jangan cuba nak berkokok kalau hari belum siang.....silap-silap taik ayam terpalit kat muka sendiri....


KENYATAAN BALAS DR ASRI DI SINI

KUALA LUMPUR, 25 Jun — Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu Teras, Zamihan Mat Zin mempertahankan pendiriannya dengan berkata beliau tidak pernah mengaitkan bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin dengan kumpulan pengganas Jemaah Islamiah (JI), isu yang kembali diperkatakan sejak akhir-akhir ini.
Sehubungan itu, pegawai Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) ini berkata, beliau hanya menekankan bahawa pemikiran-pemikiran Asri boleh menjurus ke arah akiviti kumpulan pelampau dan keganasan jika tidak terkawal.
“Orang dalam tahanan sel (di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri) pernah memberitahu saya dia berminat sangat dengan pemikiran Dr Asri... bila dia ditangkap oleh polis, dia (suspek) ada CD, buku-buku Dr Asri, jadi barang kes.
“(Jika anda) tak percaya rujuk Bukit Aman... ada tangkapan, saya tak pasti yang mana satu, nak bukti boleh rujuk Bukit Aman.


“Jadi saya tak sentuh pun Dr Asri dengan keganasan itu, yang sentuh itu pihak keselamatan dari Bukti Aman... sebab masa ditangkap suspek JI itu, pemikiran-pemikiran Asri dalam bentuk bukunya, CDnya ada,” kata Zamihan yang kini menjadi tumpuan polemik isu fahaman wahabi dan JI.
Beliau ditemui The Malaysian Insider di pejabatnya di Bandar Baru Bangi dekat sini semalam bagi mendapatkan penjelasan lanjut perkembangan taklimat Isnin lalu.
“Jadi kalau tuan tanya apakah pemikiran Dr Asri boleh membawa (aktiviti) pengganas, ya ia boleh membawa kepada (aktiviti) pengganas kerana dia menyimpulkan pemikiran-pemikiran yang berjalur keras.
“Kalau pemikiran Asri ini neutral macam orang lain, dia tidak akan glamor,” kata beliau yang Isnin lalu memberikan ceramah tentang keselamatan dan ancaman JI di institut pengajian tinggi di ibu negara.
Turut hadir pada sesi taklimat itu ialah menteri dan timbalan pengajian tinggi dan mencetuskan kontroversi.
Zamihan yang terlibat dalam aktiviti pemulihan tahanan ISA sejak empat tahun lalu memberitahu “doktrin Dr Asri boleh menjurus ke situ.”
Secara kesimpulan menurut Zamihan, fahaman wahabi menekankan Malaysia bukan sebuah negara Islam, sebaliknya negara kafir.
“Kesimpulannya (mereka) mahu menghancurkan sistem yang sedia ada, bina sistem yang baru,” kata beliau dengan menekankan, JI memang berorientasikan kepada fahaman wahabi yang berasaskan kepada kepimpinanan beberapa pimimpin luar, antaranya Abu Bakar Bashir dari Indonesia.
“Kalau kita tengok kronologi pemikiran ini pun memang, telah dianalisis banyak kali oleh penulis, ahli akademik... itulah kecenderungan pemikiran mereka, bahawa orang lain tidak Islamik, banyak buat bi’dah, syirik, sesat, kurafat.
“Jusreru itu atas landasan itu mereka merasakan mereka ada tanggungjawab untuk memperbaiki keadaan, dengan semua keadaan dibuat atas nama jihad,” katanya.
Zamihan juga memberitahu, apabila Asri mengetengahkan pemikiran-pemikirannya dalam bentuk buku dan menerusi seminar dan ceramah, maka ia mula dianalisis, dan diketengahkan.
“Dia (Asri) tidak dikaitkan dengan JI. Dia tidak dikaitkan dengan pengganas, tetapi dia mengeluarkan pandangan-pandangan yang keras, dan munculnya kegiatan radikal dan pengganas ini, hasil daripada kombinasi fahaman-fahaman yang keras,” kata beliau yang tugasnya di ILIM kini ialah “melihat kepada pemikiran.”
Sekali lagi Zamihan memberitahu, “malah dalam taklimat saya pun saya tak sebut dia (Asri) dikaitkan dengan JI, (saya) tak sebut dia pengganas, kenapa dia nak melenting?”
Pada taklimat Isnin lalu beliau hanya sentuh soal pemikiran manakala pegawai dari Bukit Aman menyentuh soal ancaman keselamatan dan pengambilan JI di IPT.
“Jadi saya membentangkan tentang pemahaman dan tentang pemikiran merupakan fakta tentang mengunjurkan tindakan radikal ataupun pengganas, dan pasal masalah keselamatan, hendak mengebom di sana, nak ugut orang, nak tangkap, berapa orang ditangkap, berapa orang dihantar pulang, dilanjutkan ISA, itu kerja pasukan keselamatan.
“Kalau pasukan keselamatan nak kaitkan Asri dengan suspek, atau subjek yang telah ditahan, atau dilepaskan, yang hendak ditangkap, itu kerja dia orang.
“Saya tak masuk campur... saya hanya membicarakan fakta-fakta dari sudut fahaman yang boleh unjurkan ekstremis atau pengganas,” kata Zamihan dengan menambah, beliau cuma membangkitkan nama Asri dengan berdasarkan buku “Bid’ah: Istilah Yang Disalah Fahami”.
Ditanya sama ada menyebut nama-nama lain selain Asri, Zamihan sekali lagi menafikan berbuat demikian.
“Tidak, langsung tak disebut nama, langsung tak wujud, langsung tak ditunjuk gambar. Saya hanya ‘scan’ buku, saya saya menilai fahaman begini adalah dari jalur pemikiran keras,” kata beliau mempertahankan tindakannya.
Bagaimanapun beliau mengakui nama-nama yang tersebut iaitu Presiden PAS, bekas menteri besar Perlis dan mufti Peris ada disebutkan tetapi oleh penceramah lain dan tidak pasti sama ada gambar juga ada ditunjukkan sekali.
Zamihan menambah, pengurusan Islam di Malaysia mengambil jalan sederhana, bukan bersifat menghukum dan menyesatkan mana-mana pihak.
Sehubungan itu kata beliau, sekiranya Asri hendak mengatakan bahawa beliau mengulangi fakta-fakta tertentu, “apakah pengulangan fakta itu merupakan satu kewajaran untuk diketengahkan dalam masyarakat Malaysia?”
“Memetik pandangan orang, itu satu pandangan. tetapi hendak melaksanakan dalam masyarakat kita, kena tengok masa dan tempat... itu pandangan menteri Jordan, kalau hendak ketengahkan i sini, kena tengok beberapa kewajaran.
“Kalau mengatakan Maulidur Rasul macam (sambutan) orang Kristian sedangkan sambutan sudah menjadi acara kebesaran di peringkat negeri mahukan peringkat kebangsaan, dan Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua agama persekutuan turut menyambut acara itu, tak akan kita hendak kategorikan Yang di-Pertuan Agong sebagai juga dalam kalangan orang sesat.
“Tak kira pandangan dari mana-mana seluruh dunia pun, kita kutip kita ambil, kita sepatutnya membuat penilaian, saringan, tengok kewajarannya sama ada boleh diterima atau tidak, dan kita kena hormat juga agensi-agensi agama,” kata Zamihan.
Zamihan juga menambah, Asri tidak pernah mengakui sebagai pengukit aliran wahabi.
“Sampai bila pun tak akan mengaku wahabi sebab wahabi mempunyai secara hitam dalam sejarah Islam.
“Tetapi kita melihat kepada pemikirannya, hasil tulisannya, ceramahnya, perkataannya ada persamaan dengan pemikiran wahabi... maka penjustifikasian boleh dibuat bahawanya beliau cenderung ke arah itu walaupun beliau menggunakan jenama progresif ataupun apa jua jenama... kita melihat intipati pemikiran itu,” katanya lagi.
Sambil mendakwa fahaman wahadi mengamalkan prinsip pecah dan perintah, Zamihan memberitahu, kalau ada pun berbeza pandangan termasuk dari Perlis perlu menghormati satu sama lain.
“Jangan mengambil pendekatan menyalahkan, tetapi mereka mengambil pendekatan menyalahkan kita, kita tidak Islamik, kita tidak sunah, kita tidak kembali kepada Nabi, kita tidak kembali kepada ketulenan Islam dan macam-macam.
“Jadi ini semua menghuru-harakan masyarakat,” katanya lagi.

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran