Walauapapun alasan dia.....menuduh seseorang tanpa bukti yang kukuh jelas satu penganiayaan.....lebih-lebih lagi berkaitan isu pengganas yang dilabelkan amerika sebagai musuh no 1 dia.....jika hanya bersandarkan buku....dr asri dituduh ada ruang-ruang untuk menjadi pengganas atau istilah yang digunakan oleh zamihan sebagai radikal....tak cukup beb nak tuduh orang.....wa nasihat kat ngko.....ngko kena belajar lagi zamihan....nampaknya bukan satu zamihan nie....ada banyak lagi zamihan yang main tuduh-tuduh nie....dia tak tahu ker dengan main serkap jarang nie....sudah pasti SB-SB akan memfollow kemana dr asri pergi lepas nie....kan susah namanya tu...nak buat apa pun tak macam dulu lagi.....ko ni memang betulla zamihan...low class
BUKAN SAYA KAITKAN HJ HADI SHAHIDAN DAN JUANDA
Pegawai kanan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang didakwa mengaitkan beberapa tokoh politik dan agama dengan Wahabisme, Jemaah Islamiah (JI) dan kumpulan pengganas hari ini menafikan perkara itu.
Sebaliknya, Zamihan Mat Zin - penolong pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu Teras Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) – berkata beliau hanya menyebut nama bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin sahaja dalam pembentangannya berhubung “terorisme agama” baru-baru ini.
“Dakwaan itu tidak betul, tidak jujur dan dusta,” katanya mengulas dakwaan bahawa beliau mengaitkan Dr Asri dengan Wahabi dan JI dalam dalam
taklimat antikeganasan anjuran pihak polis Isnin lalu.
Semalam, memetik sumber-sumber,
Malaysiakini melaporkan selain Dr Asri, Zamihan turut mengaitkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim dan mufti negeri itu Dr Juanda Jaya dengan 'lingkaran' keganasan.
Bercakap kepada
Malaysiakini awal pagi ini, Zamihan menyifatkan dakwaan terhadapnya bukanlah satu salah faham tetapi usaha pihak-pihak tertentu yang “sengaja mahu mencetuskan salah faham”.