Wednesday, June 23, 2010

DR ASRI DR JUANDA HJ HADI & SHAHIDAN DIKAITKAN PENGGANAS JI

Wahh.....berat tuduhan nie...tengok apa reaksi rakyat...dalam menilai pengaitan mereka dalam JI oleh pihak kerajaan...tungguuuu...........main sedap-sedap tuduh jer nie....apa alasan kerajaan dalam mengaitkan mereka semua nie....panas...panas beb....

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya dan bekas mufti negeri itu Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini tampil menafikan sekeras-kerasnya tuduhan yang mengaitkan mereka dengan Wahabi dan kumpulan pengganas Jemaah Islamiah (JI).
Sehubungan itu, mereka berkata, dakwaan pelbagai pihak, terutama pembangkang, bahawa isu keselamatan negara yang digembar-gemburkan oleh pihak kerajaan sebagai permainan politik, nampaknya mempunyai asas yang kukuh.
Mereka menegaskan demikian dalam satu kenyataan bersama hari ini bagi mengulas laporan Malaysiakini mengenai taklimat keselamatan negara anjuran pihak polis yang mengaitkan mereka dengan Wahabi dan kumpulan pengganas Jemaah Islamiah (JI).

Selain Dr Juanda dan Dr Asri, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim turut dikaitkan.


"Dakwaan ini sangat jahat. Jelas sengaja diada-adakan. Rakyat Malaysia mengenali pemikiran kami yang sentiasa menyeru kepada Islam yang progresif, keharmonian kaum dan agama, menentang sikap fanatik dan apa sahaja bentuk kekerasan pandangan. 

"Isu-isu kami bawa selama ini sentiasa mendapat perhatian semua agama dan kaum kerana mempamirkan Islam yang tolerance dan berpaksikan kesesuaian hidup masyarakat yang serba rencam. Hal ini boleh dirujuk dalam berbagai tulisan dan kenyataan kami," kata mereka.
Menurut mereka, Abdul Hadi dan Shahidan yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno sama sekali tidak wajar dikaitkan dengan keganasan. 

"Beliau (Abdul Hadi) ialah bekas MB Terengganu. Mengetuai sebuah parti politik tanahair sejak sekian lama. Ini melambangkan penghormatan beliau dan partinya terhadap amalan demokrasi dan hak kebebasan rakyat. 

"Tuduhan terhadap beliau telah menghina sebuah parti politik yang selama ini melalui lunas-lunas sistem demokrasi negara ini. Demikian (juga) dengan Datuk Seri Shahidan, (yang juga) bekas MB Perlis dan kini ahli Majlis Tertinggi Umno, naib presiden PERKIM dan akvitis berbagai (pertubuhan) kebajikan rakyat. 

"Layakkah orang seperti ini dituduh mempunyai kaitan dengan pengganas. Nampaknya Umno dan BN sanggup membunuh rakan sendiri dalam memperjudikan kepentingan politik tertentu," tambahnya.

Walaupun tidak mempunyai banyak maklumat mengenai JIM, tegas mereka, "namun, kami percaya mereka bukan pengganas dan tidak layak dikaitkan dengan tuduhan jijik itu.
'Sebagai NGO, mereka mempunyai sumbangan kepada negara yang patut dihargai," tegas Dr Mohd Asri dan Dr Juanda.
Sehubungan itu, mereka menegaskan bahawa pihak polis perlu memberikan penjelasan kepada rakyat terhadap apa yang mereka sifatkan sebagai satu fitnah rambang.

Mereka juga meminta pihak polis supaya menyiasat individu yang membuat tuduhan tersebut.

Jika pihak polis tidak menafikan dakwaan individu tersebut, tambah mereka, bererti pihak polis yang dikuasai oleh Menteri Keselamatan Dalam Negeri "seakan-akan sengaja menabur fitnah yang tidak berasas".

"Dengan ini, apa yang disebut oleh beberapa tokoh masyarakat seperti SM Idris dan pihak Pakatan Rakyat bahawa isu ini tiada asasnya kelihatan benar. Bahkan ia bermungkinan besar mainan politik kotor kerajaan yang memerintah untuk mengalihkan isu-isu tertentu.

"Dengan ini, kami menafikan sekeras-kerasnya tuduhan ini dan mengingatkan rakyat bahawa mana-mana pemerintahan atau parti politik yang sanggup memperjudikan isu keselamatan negara untuk kepentingan tertentu adalah sebuah pemerintahan yang tidak bertanggungjawab. 

"Di samping itu, kami menyeru setiap lapisan rakyat agar menolak segala bentuk keganasan sama ada berupa tindakan ataupun pemikiran. Dan juga sekali lagi menyeru agar tidak mendokong pihak yang memperjudikan keselamatan negara demi kepentingan sempit," tambah mereka-mkini

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran