Tuesday, June 29, 2010

700JUTA MACAM AIR

Wa tak faham sebenarnya bayaran itu untuk apa.....tapi yang pasti kerajaan buat duit macam air.....jangan sampai air kering nanti sudah...nyaya kita semua.....


PKFZ - K'JAAN SETUJU BAYAR 700JUTA

Timbalan Menteri Pengangkutan, Abdul Rahim Bakri (bawah) hari ini memberi jaminan bahawa kerajaan akan membuat bayaran kepada pemegang bon Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

“Kita mempunyai komitmen dengan pemegang bon, justeru kita akan menunaikan tanggungjawab itu,” katanya di Dewan Rakyat hari ini pada sesi penggulungan berhubung kementeriannya dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh.

Beliau menjawab soalam Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timor) yang ingin tahu sama ada Lembaga Pelabuhan Klang (PKA) akan membuat sebarang bayaran kepada kontraktor utama PKFZ - Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB), memandangkan terdapat pertikaian perundangan di antara kedua-dua mereka.

PKA dijadualkan membayar RM723 juta kepada pemegang bonnya esok meskipun ia telah mengheret KDSB ke mahkamah atas dakwaan mengenakan bayaran yang lebih.

Lembaga Hasil Dalam Negeri, kata Lim juga meminta PKA membayar RM328 juta sebagai bayaran cukai tertunggak yang dihutang oleh KDSB.


Berdepan senario seumpama itu, Lim mencadangkan kerajaan sepatutnya mempertimbangkan penubuhan akaun pihak ketiga sehingga semua perbalahan diselesaikan.

Sekiranya PKA memutuskan membayar kedua-dua pihak, mereka terpaksa mengeluarkan lebih RM1 bilion.

Sementara itu, Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) berkata PKA sepatutnya tidak membuat sebarang bayaran kepada pemegang bon kerana KDSB sepatutnya mencari dana berkenaan untuk membiayai projek PKFZ melalui pengeluaran bon bernilai RM4.6 bilion.

“Tanggungjawab PKA bukan terhadap pemegang bon KDSB',” hujah Pua.

Pada sidang akhbarnya sebelum itu, Pua berkata kerajaan sepatutnya menangguhkan bayaran kepada KDSB sehingga mahkamah membuat keputusan.

"PKA boleh menangguhkan bayaran kepada pemegang bon KDSB atas alasan KDSB gagal menyiapkan kerjanya. PKA juga boleh menolak bayaran kepada LHDN atas alasan yang sama. Jadi jika PKA berkata 'Saya tidak berhutang kepada KDSB', maka ia tidak perlu membayar cukai kepada LHDN,” jelasnya.-MKINI

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran