Saturday, June 19, 2010

POLIS MINTA ARIEL-LUNA MENGAKU

Ingat bidalan nie....buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali-kali....


Polis minta Ariel-Luna Maya mengaku


GAMBAR menunjukkan Luna Maya dan Ariel.


JAKARTA - Polis meminta agar pasangan Nazriel Irham alias Ariel Peter Pan dan pengacara terkenal di Indonesia, Luna Maya segera berterus terang dan mengaku kepada polis berhubung penglibatan mereka dalam video seks yang kini tersebar di Internet, lapor sebuah akhbar semalam.
Seorang pegawai polis, Saud Usman Nasution menyatakan pengakuan kedua-dua selebriti itu akan mempercepatkan kes berkenaan diselesaikan.
"Alangkah baiknya kalau semuanya bekerjasama. Kita meminta agar berterus terang agar cepat (kes itu) ditangani," kata Saud semalam.
Pengakuan Ariel dan Luna Maya itu akan menyebabkan kes tersebut tidak berlanjutan.
"Di luar negara, isu itu sudah terkenal. Jadi, kita sangat malu," kata Saud.

Setakat ini, kedua-dua selebriti itu masih belum mengaku bahawa mereka merupakan lelaki dan wanita yang melakukan hubungan seks dalam video tersebut.
Bagaimanapun, kata pegawai polis itu, pihaknya tidak akan memaksa Ariel yang merupakan penyanyi kumpulan Peter Pan, Luna Maya dan seorang lagi pengacara, Cut Tari untuk membuat pengakuan terlibat dalam video seks yang kini heboh diperkatakan.
Terdapat dua klip video itu.
Satu klip video menunjukkan Ariel berasmara dengan Luna Maya yang merupakan kekasihnya manakala satu lagi melibatkan Ariel dengan Cut Tari yang merupakan bekas kekasihnya.
Sementara itu, Boy Afrian Bondjol yang merupakan peguam bela Luna Maya dan Ariel mendedahkan satu maklumat berhubung skandal video seks dua selebriti itu.
Menurut Boy Afrian, seorang saksi polis skandal video seks itu, Roy Suryo pernah menghantar mesej menerusi telefon bimbit kepada Luna Maya dan Ariel pada 6 Jun lalu dengan meminta mereka menyatakan bahawa video tersebut adalah palsu.
Dia berkata, saksi itu meminta kedua-dua selebriti tersebut menyatakan lelaki dan wanita dalam video berkenaan bukannya mereka.
Peguam itu menyatakan demikian kepada wartawan dengan menunjukkan mesej berkenaan di telefon BlackBerry . - Agensi

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran