Tuesday, June 15, 2010

KERETA KENA TARIK TERUS JADI KATAK


The Malaysian Insider difahamkan wakil rakyat itu berhadapan dengan masalah kewangan, malah keretanya ditarik kerana tidak menjelaskan ansuran bulanan.

Pengerusi Perak DAP Datuk Ngeh Koo Ham mendakwa Adun Malim Nawar Keshvinder Singh, yang keluar parti itu atas alasan ‘kewangan’ dan kepimpinan DAP, kemungkinan terpikat dengan ganjaran ditawarkan Barisan Nasional (BN).
Pada sidang media ringkas di lobi bangunan Parlimen petang ini Ngeh berkata beliau terkejut dengan pengumuman Keshvinder tetapi menegaskan wakil rakyat penggal pertama itu pernah ditawar agar keluar DAP dan menyokong BN.
“Saya terkejut dengan pengumuman beliau, ya, tetapi kami juga tahu bahawa Barisan juga cuba untuk memikat ramai wakil rakyat kami banyak kali,” katanya.

“Keshvinder Singh sendiri pernah membuat laporan di SPRM sebelum ini mengenai tawaran daripada BN,” katanya lagi.
Peguam berusia 39 tahun itu mendakwa tahun lalu bahawa wakil-wakil dari BN ada mendampinginya dengan tawaran RM20 juta untuk keluar parti.
Ngeh bagaimana enggan bercakap lanjut mengenai Keshvinder telah memutuskan untuk menjadi Adun Bebas.
Kata Ngeh, beliau akan mengkaji sebab wakil rakyat itu bertindak menjadi Adun Bebas dan akan mengeluarkan kenyataan rasmi 11 pagi esok.
“Ramai wartawan tanya saya perkara ini, tentang keputusan Keshvinder mahu jadi wakil rakyat Bebas.
“Oleh kerana saya baru sahaja mendapat maklumat, saya akan mengkaji kandungan kenyataannya dan siasat dengan lanjut sebelum membuat kenyataan,” katanya lagi.
Ngeh menambah Keshvinder tidak pernah menyebut sebarang masalah yang beliau dakwa wujud membabitkan parti sebagai salah satu alasannya meninggalkan parti.
The Malaysian Insider difahamkan wakil rakyat itu berhadapan dengan masalah kewangan, malah keretanya ditarik kerana tidak menjelaskan ansuran bulanan.
Pada sidang media tengah hari tadi di Subang Jaya, Keshvinder  — wakil rakyat DAP kedua dari Perak keluar parti atas alasan “tidak cukup peruntukan” dan kecewa dengan kepimpinan DAP.
Keshvinder berkata beliau keluar DAP atas alasan mahu berkorban demi kepentingan rakyat.
Justeru Adun penggal pertama ini mahu bekerjasama dengan kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional.
“Saya Keshvinder Singh, Adun Malim Nawar mengumumkan bahawa saya keluar dari DAP dan melepaskan semua jawatan dalam DAP dan mengisytiharkan bahawa mulai hari ini, saya menjadi Adun Bebas,” katanya.
Kata Keshvinder, “bagi menjaga kepentingan rakyat di kawasannya dan bagi menjamin pembangunan yang berterusan, saya membuat keputusan, memilih untuk menyokong dan bekerjasama dengan kerajaan negeri Perak di bawah kepimpinan Menteri Besar Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir.”
“Keputusan ini pengorbanan saya kepada rakyat kawasan saya kerana saya sedar saya bakal menghadapi cemuhan dan tuduhan dari pelbagai pihak tetapi demi kepentingan, kesejahteraan dan masa depan rakyat saya memilih untuk rakyat Malaysia.”
Awal tahun lalu tiga Adun Pakatan Rakyat keluar parti, sekali gus membawa kepada kejatuhan kerajaan negeri Perak. Mereka termasuklah Adun Jelapang Datuk Hee Yit yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri.

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran