Sunday, June 20, 2010

ASRI MASUK UMNO UTK BAKAR KAPAL

Wa cakap macam tu....pasal dr asri yang cakap jugak ulama umno bakar kapal.....kalau dia masuk umno adakah dia jugak akan bakar kapal  seperti yang dia cakapkan.....wa belum mau ulas lagi....tunggu cerita selanjutnya......


KUALA LUMPUR, 20 Jun — Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang menjadi rebutan parti-parti politik Melayu Islam sejak setahun lalu dijangka akan menyertai Umno Jumaat ini.
“Keadaan nampak macam begitu, kita tunggu sehingga Jumaat ini,” kata Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh ketika dihubungi The Malaysian Insidersebentar tadi.
Turut akan sertai bersama beliau iala kira-kira 100 ulama muda berkelulusan tinggi.
The Malaysian Insiderdifahamkan mereka akan menyerahkan borang penyertaan sebelum Majlis Tertinggi Umno mengadakan mesyuarat bulanan Jumaat ini.
Dalam pada itu Asri (gambar, dua dari kiri) berkata, sehingga kini beliau belum membuat apa-apa keputusan untuk menyertai mana-mana parti politik.
Oleh itu Asri berkata beliau mengharapkan semua pihak tidak membuat andaian yang terlalu cepat terhadap kenyataan mana-mana pihak mengenai isu ini.
“Perbincangan dengan pihak yang membuat kenyataan akan diadakan. Sebarang kenyataan kepada media tidak akan dibuat setakat ini.
“Saya berdoa kepada Allah agar diberikan kebaikan untuk umat Islam dan para pendakwah Islam yang ikhlas,” kata beliau dalam satu kenyataan ringkas.

INI CERITA DR ASRI PASAL ULAMA UMNO DI SINI

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran