Saturday, June 5, 2010

IDRIS JALA DAN AWG ADEK TAK SEHALUAN

Seorang ceo PEMANDU....sorang lagi timb menteri k'wangan.....macamana sorang kata negara akan bangkrap dan sorang lagi kata mana ada bangkrap......wa tak tau sapa yang betul.....dalam kepala hotak wa ni...satu je...selagi UmnoBn ni memerintah....tak payah tunggu 9 tahun.....tahun depan pun boleh bankrap.....bankrut kata orang indon.....tak percaya...tepuk lala tanya selela.....eh....kapal selam apa citer ah....dah boleh selam ke belum....



'Negara tidak akan muflis jika subsidi diteruskan'

Senator tolak pandangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri


KOTA BAHRU: Malaysia tidak akan bankrap pada 2019 seperti Greece meskipun subsidi berjumlah RM74 bilion ($31 bilion) setahun diteruskan, kata Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussein.
Beliau berkata keadaan ekonomi Malaysia negara pada masa itu tidaklah begitu teruk seperti yang digambarkan.Hakikatnya, langkah untuk memansuhkan subsidi ialah bagi mengurangkan kadar defisit negara serta membolehkan kedudukan kewangan negara lebih stabil, katanya.'Negara tidak akan bankrap. Mana boleh bankrap sekalipun subsidi diteruskan, tetapi dengan cara itu (mansuhkan subsidi) boleh mengurangkan beban hutang dalam negara yang ditanggung oleh semua rakyat,' katanya di sini kelmarin.Dr Awang Adek mengulas pandangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, bahawa negara boleh bankrap jika pemberian subsidi kepada rakyat diteruskan.Datuk Seri Idris, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) Jabatan Perdana Menteri, berkata ia boleh berlaku kerana hutang negara dijangka meningkat 100 peratus daripada hasil kasar dalam negeri (GDP) menjelang tahun 2019 jika pemberian subsidi diteruskan.Malaysia merupakan antara negara yang memberi subsidi tertinggi kepada rakyatnya iaitu berjumlah RM74 bilion pada 2009.Sebelum ini, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, juga tidak bersetuju dengan pandangan Datuk Seri Idris itu.Menurut laporan media, defisit bajet 2009 Greece ialah 13.6 peratus daripada GDPnya iaitu sebanyak 2.4 kali lebih tinggi berbanding Malaysia.Malaysia memperolehi lebihan dagangan sebanyak RM118.4 bilion pada 2009 manakala Greece merekodkan defisit RM105.7 bilion dalam tempoh yang sama.Pada Mac 2010, rizab antarabangsa Malaysia berjumlah AS$95.3 bilion iaitu 17.3 kali lebih tinggi berbanding Greece sebanyak AS$5.5 bilion.Sehubungan itu, Dr Awang Adek berkata kerajaan mengambil langkah terbaik untuk meningkatkan ekonomi negara, termasuk menggalak kemasukan pelaburan asing.Beliau berkata antara kesan yang dapat dilihat hasil usaha kerajaan itu ialah ekonomi negara berkembang 1 peratus pada suku pertama tahun ini berbanding di bawah 0 peratus tahun lalu, yang menunjukkan prestasi ekonomi mula berkembang. -- Bernama.


No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran