Sunday, June 20, 2010

NONG CHIK WARNING MB SELANGOR

Apalah mamat nie....orang bagi idea pun tak mau dengar....telinga dah kena sumbat dengan setan kot....dengar dulu kalau ok...ok lah....kalau tak ok....buang tong sampah lah....apa susah.....dia kata kalau ikut sejarah selangor seharusnya berada dibawah kawalan melaka...ye ke....wa tak pernah dengar pun....cis ini sudah menghina kuasa raja......ko biar betul nong chik....


Kg Baru: Pusat ingatkan MB Selangor jangan ganggu





KUALA LUMPUR, 20 Jun — Menteri Wilayah Persekutuan dan 
Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin
 mengingatkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim agar
 tidak mengganggu pelan pembangunan semula Kampung Baru
 diusahakan kerajaan pusat.
Raja Nong Chik mendakwa Khalid tidak pernah menunjukkan sebarang minat terhadap usaha pembangunan semula kawasan tersebut ketika menerajui syarikat pengurusan dana PNB.
“Saya terkejut apabila mendengar Menteri Selangor Khalid Ibrahim mahu menemui penduduk Kampung Baru,” kata Raja Nong Chik pada majlis pelancaran cawangan Perkasa Lembah Pantai di sini petang ini.
Oleh itu, Raja Nong Chik menasihatkan Khalid agar memberi tumpuan untuk menyelesaikan masalah-masalah di Selangor.
Malah kata beliau, minat secara tiba-tiba Khalid terhadap nasib Kampung Baru boleh menyebabkan PKR kemerosotan populariti di kalangan masyarakat Melayu.
“Hari ini PKR tidak menikmati sokongan orang Melayu, beliau berpura-pura berminat terhadap Kampung Baru,” kata Raja Nong Chik.
“Tiada sebab lain, tetapi hanya mahu menjejaskan perpaduan di kalangan orang Melayu di Kuala Lumpur,” katanya lagi.Bagaimanapun Raja Nong Chik menolak dakwaan Khalid berhubung kuasa Menteri Besar terhadap aspek pembangunan Kampung Baru.
“Beliau bercakap pasal soal sejarah. Jika anda mahu bercakap tentang sejarah, Selangor seharusnya masih berada di bawah kawalan Melaka,” katanya lagi.

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran