Wednesday, June 2, 2010

CAYA..LAH HANG MAHFUZ

Akhirnya najib akur dengan desakan pakatan rakyat yang diketua mahfuz untuk diadakan sidang khas parlimen bagi mengutuk Israel....macam tulah...benda yang baik jangan tangguh-tangguh....lagi cepat lagi bagus.....baru tak digelar kerajaan tido......


KUALA LUMPUR, 2 Jun – Kerajaan akan membentangkan satu usul di Dewan Rakyat pada Isnin ini bagi mengecam sekeras-kerasnya tindakan tentera Israel menyerang kapal yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza dua hari lepas.
Keputusan untuk pembentangan usul itu dibuat dalam mesyuarat kabinet hari ini, demikian menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri. 
Semalam Datuk Seri Najib Tun Razak berkata bahawa Malaysia akan mengusulkan agar pencabulan dan keganasan yang dilakukan oleh Israel itu dibawa ke Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).
Perdana Menteri juga mengarahkan Wisma Putra supaya menyelamatkan kesemua rakyat Malaysia itu.
Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berlepas ke Jordan pagi ini untuk mengusahakan pembebasan 12 rakyat Malaysia yang ditahan ketika tentera Israel menyerang kapal yang mereka naiki bersama sukarelawan antarabangsa dalam perjalanan untuk menyerahkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Palestin diGaza.
Seramai 12 rakyat Malaysia termasuk dua wartawan stesen televisyen Astro Awani berada dalam kapal Turki, "Mavi Marmara", dan mereka dilaporkan selamat dalam serangan itu yang mengakibatkan beberapa sukarelawan terbunuh.
Israel, yang dikecam hebat oleh masyarakat antarabangsa, dilaporkan berkata ia akan mengusir keluar kesemua 682 sukarelawan dari 35 negara yang ditahannya dalam serangan itu. – Bernama

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran