Wednesday, June 16, 2010

DAP NAK SAMAN KATAK-KATAK DIA

Nak saman katak yang ada tempurung nie....susah sikit beb.....tempurung-tempurung dia nie banyak duit dan banyak power.....wa rasa membuang masa jer.....biarkan dia melompat....dan terus masuk gaung....sebab rakyat dah kenal mana katak mana betul-betul wakil rakyat dalam pru yang tak berapa lama lagi nie wa rasa....




KUALA LUMPUR, 16 Jun — DAP akan mengambil tindakan undang-undang terhadap dua wakil rakyatnya dari Perak - Keshvinder Singh dan Datuk Hee Yit Foong — kerana melanggar kontrak kesetiaan yang mereka tandatangan selepas pilihan raya umum 2008.
Keshvinder keluar DAP semalam manakala Hee awal tahun lalu.
Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham (gambar) menegaskan perjanjian yang mereka tandatangan memerlukan wakil-wakil rakyat yang hendak keluar parti mengosongkan kerusi mereka dan bayar RM5 juta sebagai denda.
“DAP Malaysia akan memfailkan saman. Pada prinsipnya, kepimpinan tertinggi sudah bersetuju dengan ini, saya sudah berbincang dengan beberapa pemimpin kanan termasuk Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan

Karpal Singh dan mereka bersetuju.
“Bagaimanapun sebagai menghormati keseluruhan kepimpinan parti, kami hanya akan memfailkan saman selepas jawatankuasa eksekutif pusat parti mengadakan mesyuarat 28 Jun,” kata beliau pada sidang media di lobi bangunan hari ini.
Kepimpinan DAP Negeri Sembilan dan Perak telah meminta wakil rakyat yang dipilih menandatangai perjanjian kesetiaan selepas pilihan raya umum 2008 bagi mengelakkan tindakan lompat parti.
Di Perak, wakil-wakil rakyat yang bertindak keluar dikehendaki menandatangani perjanjian setia dengan bersetuju akan mengosongkan kerusi dan membayar denda RM5 juta.

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran