Najib Arah Selamatkan Sukarelawan Malaysia
KUALA LUMPUR, 1 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau telah mengarahkan Kementerian Luar supaya menyelamatkan sukarelawan Malaysia yang berada dalam kapal konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza yang diserang Israel pada Isnin.
Katanya memandangkan tidak ada komunikasi dengan pihak yang terlibat, maka Malaysia akan berusaha mendapatkan bantuan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan negara ketiga yang lain.
"Saya dah minta Wisma Putra berusaha menyelamatkan sukarelawan kita. Kita amat sukar mendapat maklumat, tidak ada komunikasi dengan pihak terlibat," katanya pada sidang akhbar selepas melawat Pameran Inovasi Perusahaan Kecil dan Sederhana (SMIDEX) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini pada Selasa.
Seramai 11 rakyat Malaysia termasuk seorang wartawan dan seorang jurukamera Astro Awani dilaporkan berada di atas kapal Turki, Mavi Marmara, yang diserang Israel.

Setakat ini, belum ada sebarang maklumat yang diterima berkaitan nasib kesemua rakyat Malaysia dalam kapal itu, yang menyaksikan sekurang-kurangnya 10 terbunuh.
Menurut laporan agensi berita asing, Israel menahan 480 aktivis pro-Palestin dalam kapal itu dan akan mengusir 48 orang yang lain.
Ditanya saluran PBB yang akan digunakan, Najib berkata Malaysia mempunyai Wakil Tetap di badan dunia itu.
"Kita juga ada rakan-rakan kita (negara lain) dan juga mempunyai hubungan dengan badan-badan perisik antarabangsa untuk cuba mendapatkan maklumat (mengenai rakyat Malaysia yang terlibat)," katanya.
Perdana Menteri berkata Kuala Lumpur juga akan mengusulkan supaya pencabulan dan keganasan yang dilakukan oleh Tel Aviv itu dibawa ke Majlis Keselamatan PBB.
"Kita sedang lihat bagaimana kita boleh mengambil tindakan terhadap Israel kerana mencabuli hak asasi dan undang-undang antarabangsa," kata Najib.
Ditanya sama ada Malaysia akan memboikot barangan Amerika Syarikat yang merupakan sekutu utama Israel serta barangan Israel, beliau berkata boikot tidak akan memberikan apa-apa kesan.
Katanya soal boikot barangan Israel tidak timbul kerana Malaysia tidak mengimport barangan Israel dan tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan negara itu.
"Boikot tak beri apa-apa kesan, apa-apa tindak balas. Tapi kita akan fikirkan apa yang patut melalui sidang Majlis Keselamatan mengenai pencabulan hak asasi Israel," katanya.
Perdana Menteri berharap keluarga rakyat Malaysia yang terlibat dalam kejadian itu supaya tabah menghadapi ujian ini.
"Kita akan cuba sedaya upaya untuk mendapatkan maklumat dengan seberapa segera," katanya.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment