Friday, June 4, 2010

GIVE ME THE DOCUMENT!!! U I******

Kalau wa kan...wa tanya korang nak bicara ke tak nak....kalau nak bagi apa-apa bahan yang korang ada...sebab wa nak tau korang punya bahan betul ka..atau tipu.....kalau tak nak...korang jangan buang masa aku...apa yang korang takut....kalau betul....betulla.....kecuali kalau korang mau main tipu punya...benda tak ada korang kata ada.....ini wa susah mau cakap maa....

Dr wells - Tugas terhalang tanpa dokumen dipohon

Pihak pembela kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membuat permohonan untuk memperolehi semua nota klinikal, laporan, bahan, spesimen dan nota lain yang disiapkan oleh tiga doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Mereka juga mahu mendapatkan sejarah perubatan Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mendakwa dilihat Anwar, yang dikompilasi sepanjang pemeriksaan dijalankan ke atasnya di hospital berkenaan.

Selain itu, pihak peguambela mahu pihak pendakwa menyerahkan peralatan standard serangan seksual dan peralatan yang digunakan dalam pemeriksaan tersebut.

Pihak pembela juga ingin mengetahui kelayakan dan pengalaman tiga doktor yang memerika Saiful - Dr Khairul Nizam Hassan, Dr Mohd Razali Ibrahim dan Dr Siew Sheue Feng.




Ini ekoran tindakan Ketua Pembangkang itu memfailkan permohonan pagi ini bagi memperolehi dokumen-dokumen berkenaan.

Alasan yang dikemukakan ialah pakar forensik Australia Dr David Wells (kanan) mengadu beliau tidak akan dapat memberi nasihat kepada pasukan pembela, kecuali beliau memperolehi dokumen-dokumen berkenaan.

Dalam afidavit menyokong permohonan tersebut, Dr Wells yang juga profesor di Institut Perubatan Forensik Victoria berkata, kemampuannya untuk menasihati pihak pembela amat terhalang kerana ketiadaan dokumen-dokumen berkenaan.-mkini

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran