Wednesday, June 23, 2010

PENGANALISIS SETUJU KELEMAHAN DALAM PKR



KUALA LUMPUR: Kenyataan terus terang Datuk Zaid Ibrahim mengenai kelemahan dalam kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dipersetujui para pengamat politik di Malaysia, demikian lapor sebuah laman berita di sana, semalam.
Dalam satu wawancara dengan laman berita Free Malaysia Today (FMT), Datuk Zaid menekankan bahawa kekurangan pemimpin boleh dipercayai dalam PKR dan peranan bukan presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam parti itu merupakan halangan utama bagi peta laluan PKR pada masa depan.Anggota majlis kepimpinan pusat PKR akur bahawa isu-isu tersebut bukan baru, tetapi ia perlu ditangani dengan segera dalam pemilihan parti itu Disember ini.'(Pandangan) Zaid memang amat betul berhubung kepimpinan PKR yang amat lemah itu,' kata Profesor James Chin dari Universiti Monash di Kuala Lumpur kepada FMT.'Kelemahan ini telah lama wujud tetapi hanya meletup selepas 2008 apabila beberapa 'tokoh berwatak aneh' yang telah dicalonkan memenangi (pilihan raya) dan mencetuskan ribut api yang besar dalam parti itu,' jelasnya.'Masalah PKR tidak pernah berkaitan dengan sumber tetapi orang yang mengendalikannya. Anwar perlu memutuskan mengenai struktur kepimpinan dan pemimpin utamanya, dan kemudian memberikan kuasa kepada para pemimpin itu untuk memilih orang-orang mereka sendiri,' tegas beliau.Sementara itu, Pengarah Pusat Inisiatif Dasar (CPI), Dr Lim Teck Ghee, dan pengamat bebas, Encik Khoo Kay Peng, akur dengan pengamatan Datuk Zaid itu bahawa masanya bertepatan bagi Datuk Seri Anwar memegang jawatan presiden PKR kerana beliau kini adalah ahli politik sepenuh masa.Encik Khoo, bagaimanapun, memberi amaran kepada PKR terhadap pendekatannya yang terlalu bersandarkan kepada ketokohan Datuk Seri Anwar sehingga boleh menghadapi risiko kecairan dalam ideologi parti tersebut.'PKR tidak boleh menjadi sebuah parti yang berdasarkan kepada personaliti,' tegasnya.Orang ramai sudah mula meragui kesatuan dan keutuhan Pakatan Rakyat tanpa Anwar.'Malah, PKR semakin mudah berpuas hati kerana Anwar dan tidak khuatir terhadap mewujudkan kepimpinan lapisan kedua,' kata beliau sambil menambah bahawa jika Datuk Seri Anwar tidak dapat menjadi perdana menteri seterusnya, 'siapa lagi yang boleh PKR atau Pakatan ketengahkan'.

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran