Wednesday, June 9, 2010

KAU TEKAN AKU....AKU TEKAN KO BALIK...NIK AZIZ

Uiii....ganeh ayat tok guru nie.....ini mesti blogger-blogger umno terus giler dengar nik aziz cakap nie....pergi mampuih la hang....yang penting nik aziz tak tunduk dengan tekanan dan cacian dari....cacing-cacing yang kepanasan nie.....syukur Allah masih beri dia kekuatan dan kesihatan untuk terus memimpin pas dan kelantan....wa tak boleh bayangkan jika pas tanpa nik aziz........


KOTA BARU, 9 Jun — Teka-teki pelan peralihan kepimpinan Datuk Nik Aziz Nik Mat belum terurai dengan penegasannya hari ini — beliau tidak akan berundur selagi Umno mendesaknya agar berhenti daripada menjadi Menteri Besar Kelantan.
Nik Aziz yang genap 20 tahun menerajui pentadbiran kerajaan negeri Kelantan, yang kelihatan ceria dan tenang sebelum merasmikan muktamar tahunan ketiga-tiga sayap PAS di sini malam ini berkata, Umno memang mahukan beliau berhenti sekarang tetapi ahli-ahli PAS pula berpendirian sebaliknya.
“Umno memang hari-hari suruh saya berhenti tapi PAS tak bagi (benarkan). Saya orang PAS, bukan orang Umno,” kata beliau dengan disusuli ketawa besar.
“Saya ulang sekali lagi, Umno hari-hari minta saya berhenti tapi PAS tak bagi saya berhenti dan oleh kerana saya orang PAS, saya ikut orang PAS, bukan Umno,” kata Nik Aziz dalam temu bual eksklusif dengan The Malaysian Insider di pejabatnya di sini, pagi ini.
Nik Aziz, 79, yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan berkongsi pendekatan mudah dalam isu pelan peralihan kepimpinan khususnya ekoran desakan parti pembangkang di negeri itu.
“Satu kaedah kita berjuang, kaedah kita berjuang sama ada berniaga, politik atau main bola, kita tengok mengapa musuh kita marah... yang itu kita buat.

“Mengapa musuh kita buat, yang itu kita buat. Kaedahnya begitu... macam kita bertumbuk. Bila kita bertumbuk, bila nampak merah di sini (muka), di sini kita tumbuk, tumbuk, sampai dia rebah.
“Begitu juga Umno... apa yang Umno hendak pada saya, itu yang saya lawan. Dia suruh saya berhenti, saya tidak berhenti. Itu kaedah kita berlawan,” katanya.
Apabila ditanya terus bila akan berundur, Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS menjawab:
“Mana tahu?” kata beliau dengan penjelasan bahawa akan kekal, dan tidak akan tunduk kepada desakan Umno.
Dalam pertemuan dengan The Malaysian Insider di sini malam tadi, Timbalan Pesuruhjaya III PAS Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, peranan Menteri Besar Kelantan itu masih diperlukan sekurang-kurangnya sehingga pilihan raya umum akan datang.
“Pada pandangan saya, Datuk Nik Aziz perlu (perlu) kekal (memimpin negeri),” kata Timbalan Pesuruhjaya III PAS Kelantan itu ketika ditemui selepas ceramah di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik), Pengkalan Chepa dekat sini malam tadi.
“Jika boleh, saya berharap Datuk Nik Aziz akan kekal selepas pilihan raya umum nanti,” kata beliau dengan merujuk kepada ketokohan Nik Aziz yangmenerajui kerajaan sejak 1990.
Nik Aziz berkecimpung dalam politik Kelantan lebih empat dekad lalu.
Nik Amar menjelaskan, PAS Kelantan masih memerlukan kepimpinan Nik Aziz, ikon politik negeri itu, dan yakin akan mengetuai parti itu dan Pakatan Rakyat di negeri Pantai Timur dalam pilihan raya umum ke-13.
Sebelum ini pernah ada cadangan supaya Nik Aziz juga dilantik sebagai ketua umum Pakatan Rakyat pendaftarannya diterima kelak.
Tahun ini genap 20 tahun Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS mengetuai kepimpinan kerajaan negeri sejak PAS menang pilihan raya umum 1990.
PAS dilihat mengadakan Mutkamar Tahunan PAS kali ini di Putik sempena memperingati 20 tahun kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS.
Malam ini buat pertama kali dalam sejarah, Nik Aziz akan merasmikan serentak muktamar tahunan ketiga-tiga sayap parti itu — Dewan Pemuda, Muslimat dan Ulama.
Antara yang disebut-sebut sebagai bakal menggantikan Nik Aziz ialah Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob.
Bagaimanapun sebelum ini beliau dipetik berkata, belum bersedia untuk menggantikan kepimpinan Menteri Besar Kelantan.
Nik Aziz pernah membayangkan yang beliau akan mewarisi kepimpinan di negeri itu berdasarkan hirarki kedudukannya sekarang.
Sejak akhir tahun lalu timbul beberapa spekulasi berhubung pengganti yang layak bagi menggantikan menteri besar itu.
Selain Ahmad, dua lagi nama yang sering disebut-sebut mungkin dipilih menggantikan Nik Aziz ialah Mohd Amar sendiri dan seorang lagi Exco Kelantan iaitu Datuk Husam Musa.
Kedua-dua merekan juga merupakan Exco. Ahmad, Husam dan Mohd Amar masing-masing merupakan timbalan pesuruhjaya PAS I, II dan III Kelantan.
Berhubung rancangan atau wawasan menerajui Kelantan, Nik Aziz menjawab: “Masa depan itu biar dulu. Kamu boleh tengok 20 tahun, saya buat.”
Kata Nik Aziz, beliau tidak suka bercakap tentang masa depan tetapi akan melakukan apa yang diperlukan untuk rakyat.
“Saya tak suka cakap (pasal) masa depan. Tetapi sebagaimana saya hendak kata, saya sudah kata.
“Sebagaimana saya hendak fikir, saya sudah fikir. Benda ini, kawan-kawan saya dalam parti, Exco saya sudah tengok. Bila saya sudah tiada di dunia, bila saya berundur diri, maka orang itu boleh tiru.
“Tak tiru saya pun tak apa, tiru Nabi Muhammad... cukup,” katanya.
Ditanya sama ada kepimpinan kalangan PAS Kelantan sudah cukup mantap untuk mengambil alih apabila berundur, Nik Aziz menjawab: “Masa saya mula-mula masuk dulu, saya sendiri macam tak ada orang yang boleh saya kenal kerana ketika itu saya baru kan.”
Bagaimanapun sekarang menurut beliau, sudah ramai pemimpin yang layak dengan memiliki kelayakan profesional dalam PAS Kelantan.
“Dulu, masa PAS timbul (ditubuhkan) pada tahun 1951, tok guru pondok  (yang) sokong. Golongan bijak pandai tiada, orang (yang keluar) universiti tiada, tiada yang sokong PAS.
“Tetapi sekarang semakin ramai, semakin ramai. Exco saya sekarang ini semua kelulusan universiti, semua Exco saya kelulusan universiti.
“Ada bekas guru, ada bekas pakar ekonomi, ada doktor... macam-macam ada,” katanya.
Mengenai pelan peralihan kepimpinan negeri, Nik Aziz berkata, pelan peralihan tidak boleh dirancang.
“Peralian ini tidak boleh dibuat pelan. Takut tak jadi, kadang-kadang kita merancang, sampai masa tak boleh jadi.
“Sebab itu saya tidak mahu cakap (tentang) masa depan. Pelan, saya hanya membetulkan diri saya... percakapan saya, saya jaga; perbuatan saya, saya jaga supaya orang lain tiru. Jadi bila berundur kerana sakit, kerana letih, orang lain boleh ambil alih dengan senang,” katanya.
Nik Aziz berkata, dalam PAS Kelantan sudah ada hirarki, yang mana mereka boleh menjalankan tugas dengan baik.
“Ada timbalan... saya ada timbalan tiga orang, dalam Dewan Harian saya ada setiausaha, orang ini pandai lah, mereka boleh buat.
“Masa saya ambil alih dulu, tiada siapa yang mengajar saya... mereka bernasib baik,” katanya lagi,-tmi

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran