Thursday, June 17, 2010

HARTA TAIB ULAM RAJA DILUAR NEGARA

Pinjam jap dialog 3 abdul.....itu ismet ulam raja....ini harta taib mahmud anak beranak dikanada....bila lah orang sarawak ni nak sedar....yang korang semua dah kena kencing dengan taib mahmud nie....lagi lama dia dan sekutu bn nya merintah.....lagi banyaklah harta dia diluar negara....itu belum masuk pakistan...kongostan...gohead gostan....ini dekat-dekat negeri setan....kata ahmad nisfu

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud dan anggota keluarganya didakwa memiliki hartanah bernilai lebih C$100 juta (RM320 juta) di Kanada, lapor sebuah laman anti-Taib - Sarawak Report.

Lamanweb itu mendakwa, ia termasuk kompleks mewah - PrestonSquare (kanan) dengan menara kaca kembar yang menyediakan ruang pejabat dan kompleks membeli-belah mewah di wilayah komersial bernilai tinggi di pusat bandar Ottawa.

Menurutnya, dengan menempatkan ruang pejabat syarikat multinasional seperti Xerox, Adobe dan Sun Life, projek tersebut menyediakan sumber kewangan tambahan daripada kutipan sewaan, kepada keluarga Taib.
Projek pembangunan utama tersebut, dakwanya, merupakan 'permata' kepada syarikat pemaju hartanah Sakto Development Corporation, yang dimiliki oleh keluarga Taib.

Sakto mempunyai senarai portfolio puluhan lagi bangunan pejabat dan kawasan perumahan mewah di Kanada.
Ditubuhkan pada awal tahun 1980-an oleh anak-anak Taib - Mahmud Bekir Taib, Jamilah Taib dan adiknya Onn Mahmud, perniagaan keluarga itu 
dikendalikan oleh menantu Taib - Sean Murray - seorang rakyat Kanada yang berkahwin dengan Jamilah (kiri).

Murray dan Jamilah memiliki kediaman kedua termahal di Ottawa - 
bernilai RM28 juta - yang terletak di kawasan ekslusif Taman Rockcliffe di ibunegara Kanada (kanan).

1 comment:

  1. as^kum.banyak dah di dengar kekecohan mengenai harta Taib Mahmud,seluruh Malaysia amnya.Tapi kak siapa dapat menentang pengaruh beliau dari mula jadi ketua menteri sampai hari ini.apalah rakyat sarawak amnya bagai siLuncai.Politik pembangunan diSarawak macam politik Pak Kadok.Takda org dapat mengatasi beliau.Pengararuh penunduk beliau berbisa sekali.Gelaran yang beliau ada seperti PEHIN SRI.sekarang dah dapat pula anuerah dari kesultanan solo.KANJENG PANGERAN ADIPATI.makin hebatlah beliau sekarang.makin keballah dari undang undang.Tak lama lagi mungkin dapat gelaran GUSTI.Heran jua ia apa DARJAT beliau mengunakan gelaran ini semua.Masih ingat saya kata kata MURSHID guru agama saya pada tahun 1991.antara lain katanya,ada 4 pemimpin diasia ni nanti akan jatuh dalam kehinaan.1.Marcos.2.Suharto.3.pemimpin ini sempat mengundur diri.terbukti kata beliau tepat dan no.4 akan datang.Insyallah.Perhitungan dari ALLAH akan sampai.tiada manusia menungkat langit.

    ReplyDelete

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran