Thursday, June 17, 2010

GARA-GARA SAKSI BELOT SPRM SURRENDER

Ini dah macam cerita 1001 malam punya ceritala...sprm kena kencing dengan saksi dia....apa dah jadi....sapa lebih power nie...norza ke sprm....tepuk lala tanya selela....

Bekas Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Norza Zakaria bersyukur selepas mahkamah melepas dan membebaskannya pagi ini daripada tuduhan rasuah.

Keputusan tersebut dibuat oleh Mahkamah Sesyen di Temerloh pagi ini selepas pihak pendakwa tidak mahu meneruskan kes kerana saksi belot.

"Saya bersyukur kepada Allah kerana telah terlepas daripada satu pengalaman yang perit, memedihkan dan memalukan saya.

"Saya ucap terima kepada keluarga, penyokong dan sahabat yang memberi sokongan yang tidak berbalah bagi dari dulu hingga sekarang," katanya ketika dihubungi 
Malaysiakini pagi ini.
Mohamad Norza, 43, yang juga bekas anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno dituduh memberi suapan RM1,500 kepada Khadri Musa menerusi ejennya Halimi Kamaruzzaman untuk diagihkan kepada perwakilan sebagai dorongan untuk mengundinya memenangi jawatan MT pada Perhimpunan Agung UMNO Mac tahun lalu.

Beliau juga menghadapi satu lagi pertuduhan memberi suapan RM1,900 kepada Mohammad Anuar Yunus menerusi Halimi bagi tujuan sama.-mkini

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran