Monday, June 7, 2010

LOJI NUKLEAR PERTAMA NEGARA

Wa tak mau cakap banyak.....oleh kerana tempat belum ditentukan lagi....wa cadang loji nuklear tu dibuat di pekan tompek najib.....ada bantahan?????.....



Kos pembangunan loji janakuasa nuklear yang berkapasiti 1,000 MegaWatt ialah antara AS$2.5 bilion dan AS$4 bilion (AS$1 = RM3.3), kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui hari ini.

Beliau berkata jumlah itu tidak termasuk kos lain seperti kos menjalankan kajian dan membangunkan prasarana insaniah yang meliputi pembangunan sumber manusia, serta memantapkan peraturan sedia ada bagi menyokong pembangunan loji.

"Bagaimanapun kos operasi termasuk kos bahan api nuklear adalah lebih rendah berbanding kos operasi bagi loji-loji janakuasa tenaga lain seperti minyak, gas asli dan arang batu," katanya ketika menjawab soalan Lim Guan Eng (DAP-Bagan) pada persidangan Dewan Rakyat.

Lim ingin tahu kos loji nuklear yang bakal diwujudkan pada 2021, lokasi dan impaknya kepada kawasan sekitar, serta langkah keselamatan dan kaedah pembersihan sisa nuklear yang akan dipraktikkan.

Mengenai lokasi, Chin berkata janakuasa itu dijangka dibina di Semenanjung berdasarkan permintaan elektrik yang tinggi di kawasan tersebut pasca 2020.

Bagaimanapun lokasi tepat bagi membina loji nuklear tersebut belum ditentukan, katanya.

Beliau berkata kerajaan akan mengguna pakai piawaian antarabangsa bagi menentukan lokasi loji janakuasa itu dengan mengambil kira ciri-ciri seperti kepadatan penduduk, alam sekitar dan keadaan geogologi.

Selain itu katanya, kerajaan juga akan menggunakan khidmat Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) dalam memastikan peraturan berkaitan keselamatan loji dipatuhi jika ia dibina di negara ini.

"Justeru lesen tapak loji berkenaan hanya akan dikeluarkan setelah semua kajian dilakukan termasuk penilaian kesan alam sekitar dan radiasi," katanya.

Chin juga berkata rakyat Malaysia tidak perlu bimbang dengan aspek keselamatan loji janakuasa nuklear memandangkan pelbagai proses penambahbaikan telah dilakukan kepada teknologi itu pada masa ini.

"Ia termasuk kebolehan menghentikan tugas rektor nuklear dalam masa yang cukup pantas iaitu dalam tempoh beberapa saat sekiranya berlaku insiden yang tidak diingini," katanya.
- Bernama

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran