Monday, July 5, 2010

ULAMA MUDA UMNO ADA KES RUPANYA.....

Ada kes kek nogori sembilan ruponyo......patutlah masuk umno....kot-kot kes tak jadi sapa tau ye takk....takkan umno rela saman ulama umno......umno saman umno....lagu mana nih......


Ulama muda Umno dibenar cabar Majlis Agama Negeri Sembilan

fathul bari mat jaya

PUTRAJAYA, 5 Julai — Mahkamah Persekutuan hari ini membenarkan ulama muda menyertai Umno bulan lalu, Fathul Bari Mat Jahya dan rakannya untuk mencabar Majlis Agama Islam Negeri Sembilan mendakwa mereka menyampaikan kuliah agama tanpa tauliah di negeri itu menggunakan Seksyen 53(1) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 (Pindaan 2004).
Keputusan tersebut dibuat oleh Hakim Datuk Alaudin Sharif, Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin dan Datuk James Foong.
Menurut peguam Kamarul Hisham Kamaruddin, permohonan petisyen itu dibuat bagi mendapatkan perisytiharaan bahawa Seksyen 53(1) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan adalah tidak sah dan terbatal kerana bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
“Kami memohon petisyen ini untuk mendapatkan perisytiharan bahawa Mahkamah Tinggi Negeri Sembilan tidak mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan kesalahan di bawah seksyen tersebut.
“Ini kerana Artikel 72(2) Perlembagaan Persekutuan tidak memberi kuasa kepada Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan untuk membuat undang-undang kesalahan jenayah bagi perbuatan mengajar agama tanpa tauliah,” katanya ketika ditemui di Mahkamah Persekutuan di sini.
Selain Majlis Agama Islam Negeri Sembilan petisyen itu turut difailkan ke atas kerajaan Negeri Sembilan dan kerajaan Malaysia.
Turut hadir, Nik Amirul Faiz Nik Md. Yusof, 25, yang membuat permohonan yang sama.
Mahkamah juga membenarkan permohonan beliau.
Kedua-dua diwakili oleh Kamarul Hisham.

Kamarul Hisham berkata mengikut hukum-hukum kumulatif yang termaktub dalam al-Quran dan sunah mengajar agama Islam tanpa tauliah bukan satu kesalahan mahupun perkara terlarang.
“Dalam Seksyen 53(1) Enakmen Jenayah ia bukan satu kesalahan, jadi Mahkamah Syariah Negeri Sembilan tidak mempunyai bidang kuasa untuk membicara dan menghukum di bawah seksyen tersebut.
“Melalui petisyen ini segala perbicaraan di Mahkamah Tinggi Negeri Sembilan tidak boleh dijalankan sehingga satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian,” katanya.
Fathul Bari, 30, dan Nik Amirul bersama dua pengikutnya ditahan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan pada pukul 11.30 pagi, 28 Feb lalu.
Ketika itu beliau sedang menyampaikan ceramah sempena sambutan Maulidur Rasul kepada 50 orang awam di Maahad Ittiba Sunnah, Kilometer 1.5, Jalan Lama Seremban-Kuala Pilah.
Pada 1 Mac lalu, Fathul Bari mengaku tidak bersalah ketika didakwa dalam perbicaraan di Mahkamah Rendah Syariah atas tuduhan mengajar tanpa tauliah di Negeri Sembilan.
Tiga pengikut kanannya, Nik Amirul, 25; Abdullah Sanusi Othman, 40, dan Khairudin Daud, 55, masing-masing turut membuat pengakuan yang sama atas kesalahan bersubahat dengan pendakwah bebas itu.
Fathul Bari, 30, didakwa mengajar tanpa tauliah di Maahad Ittiba Sunnah, Kilometer 1.5, Jalan Lama Seremban-Kuala Pilah.
Dakwaan terhadapnya dikemukakan oleh Pendakwa Syarie, Mohd. Al Hafid Ismail mengikut Seksyen 53(1) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 (Pindaan 2004).
Ketiga-tiga pengikutnya pula didakwa bersubahat dengan Fathul Bari pada tarikh dan tempat yang sama mengikut Seksyen 34 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 (Pindaan 2004) yang dibaca bersama Seksyen 37 enakmen sama.
Bagi kesemua pertuduhan tersebut, setiap tertuduh boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun.
Fathul Bari yang beralamat di Utan Kandis, Arau, Perlis merupakan lulusan Universiti Madinah dan memperoleh Ijazah Sarjana di Jordan. Dia kini mengikuti pengajian peringkat Doktor Falsafah di Universiti Islam Antarabangsa dan merupakan penasihat agama di Institut Jantung Negara.- tmi

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran