Monday, July 19, 2010

KUSANGKA LEMBU RUPANYA KERBAU....

Nasib baik tak ba alif ba ya....ni semua projek membodohkan rakyatlah nie....dikatakan 80% daging import dipasaran sekarang adalah dari india dan ianya daging kerbau bukan lembu tetapi dilabelkan sebagai daging lembu.....mak...ooiii......tertipu lagi pakcik nampaknya.....bukan hanya bab projek.. bab naik harga barang... bab duit ajer BN ni boleh kelentong kita....bab daging pun dia orang boleh kelepet kita....patutlah den makan daging import selama nie lain macam jer rasa dia....dahlah pakcik tak makan daging kobau.....malaun punya orang menipu tak habis-habis....


INI KERBAU KALAU NOH OMAR NAK TAU

INI PULAK LEMBU TINDIK TELINGO

Daging import India adalah daging kerbau

ALOR SETAR 18 Julai – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menjelaskan daging import dari India yang berada di pasaran ialah daging kerbau dan bukannya daging lembu seperti yang mungkin difikirkan oleh ramai pengguna.
Menterinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, sehubungan itu pengguna dinasihatkan agar tidak terkeliru dengan istilah daging import atau Indian Beef dari negara berkenaan.
“Saya nak buat perisytiharan supaya rakyat tidak terkeliru. Daging import dari India atau dikenali sebagai daging kotak sebenarnya ialah daging kerbau dan bukannya lembu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) di sini hari ini.
Dalam kolum Bisik-Bisik Mingguan bertajuk Kisah daging kerbau semalam, Awang Selamat menulis mengenai kekecewaan seorang pensyarah yang membuat kajian berkaitan daging import kerana hampir 80 peratus daripadanya adalah dari India.
Pensyarah itu memberitahu Awang Selamat bahawa beliau kecewa kerana rakyat kita disajikan dengan daging kelas ketiga. Lebih menyedihkan, selama ini kita tidak dimaklumkan bersungguh-sungguh bahawa daging yang diimport dari India adalah kerbau.
Menurut Awang Selamat, berdasarkan kajian pensyarah itu juga, ramai pengguna tidak mengetahui tentang perkara tersebut.
Noh berkata, dianggarkan 80,000 tan daging import India dibawa masuk setiap tahun dan kebanyakannya bergred utiliti.
“Rakyat boleh buat pilihan, hanya kita mahu mereka tidak terkeliru,” katanya.
Beliau menambah, pegawai-pegawai bertauliah daripada Kementerian Kesihatan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dihantar ke India bagi memastikan daging yang diimport ke Malaysia adalah halal.
Noh berkata, pemeriksaan meliputi ciri-ciri kebersihan serta cara penyembelihan mengikut prosedur dan hukum syarak yang betul supaya menepati piawaian yang ditetapkan.
“Mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan dan persatuan pengguna, daging kotak ini haruslah dilabelkan sebagai daging kerbau supaya tidak mengelirukan.
“Masalah yang timbul adalah kemungkinan wujud sesetengah pihak yang tidak mematuhi garis panduan ini dan enggan melabelkan kotak tersebut,” katanya.
Beliau berkata, terdapat juga peniaga yang menyahbekukan daging itu dan menjualnya ke pasaran sebagai daging lembu.-meloya

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran