Thursday, July 22, 2010

3.2 JUTA...WOW....

Najib mengclaim ahli umno dah seramai tu....tang ni wa ingat kat perang badar....askar kafirrun dekat 100ribu lebih manakala askar nabi cuma 1ribu-3ribu jer....kalah askar kafirrun tue....so apa nak heran dengan angka...yang penting keyakinan dan ketakwaan kita....kalau betul pun 3.2 juta tu....berapa kerat jer yang boleh pakai....yang lain semua pakat cucuk hidung....ah...wa tak heran lah....ni semuo gimik najib jo...nak senangkan hati pasal kes kat perancis tengah hot sekarang.....


Umno Parti Melayu Yang Terbesar, Kata Najib
KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Umno masih merupakan parti Melayu yang terbesar dengan jumlah keanggotaan terus meningkat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib yang juga Presiden Umno berkata keanggotaan Umno kini mencecah 3,186,850 orang dan pelbagai usaha berterusan dijalankan untuk menambah bilangan keanggotaan.

"(Jumlah) ini selepas ditolak anggota yang sudah meninggal dan tak dapat dikesan. Ini jumlah yang sahih. Dan kita dapati jumlah ini terus meningkat," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di sini Rabu.

Najib turut menyangkal dakwaan bahawa ada orang Melayu yang "meluat" dengan Umno.

"Siapa kata? Itu tak betul. Saya tak dapat terima ada yang kata meluat pada Umno. Kita parti yang terbesar mewakili orang Melayu," tegasnya.

Najib juga memberitahu pemberita bahawa mesyuarat Majlis Tertinggi turut menerima laporan bahawa mesyuarat bahagian-bahagian berjalan lancar dan teratur.

Sehingga kini, sebanyak 189 daripada 191 bahagian telah mengadakan persidangan perwakilan masing-masing.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran