Sunday, July 25, 2010

AKHIRNYA HARUSKANI MENGAKU JUGAK

Tulah lain kali cakap biar terang....tak payah nak berbunga-bunga dan nambah-nambah.....awak tu mufti aje manusia biasa bukannya maksum.....nafsu pun macam den jugak.....ingat ulamak yang banyak masuk neraka...tu nabi yang cakap tu.....

KUALA LUMPUR, 25 Julai — Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria juga mengesahkan ada menemui  Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali, tetapi menegaskan mereka tidak membincangkan soal kerjasama politik Umno dan PAS.
Harussani berkata setakat ini beliau hanya mengadakan pertemuan dengan seorang pemimpin dari PAS iaitu Hasan.
Ini kali pertama Harussani berkongsi identiti tentang Hasan yang sebelum ini didakwa mengadakan pertemuan memintanya menjadi orang tengah dalam isu kerjasama politik dan perpaduan PAS dan Umno.
Kata Harussani, kedua-dua mereka tidak membincangkan kerjasama politik Umno dan PAS tetapi mengenai perpaduan orang Melayu di negara ini.
“Kami memang tidak membincangkan langsung pasal kerjasama Umno dan PAS tetapi perpaduan orang Melayu di negara ini kerana kami melihat orang Melayu semakin berpecah.
“Kami hanya membincangkan soal bagaimana untuk mencari jalan penyelesaian untuk menyatukan perpaduan di kalangan orang Melayu, itu sahaja.
“Langsung tidak menyentuh soal kerjasama politik Umno dan PAS,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.
Harussani berkata demikian ketika diminta mengulas kenyaataan Hasan semalam yang mengaku pernah mengadakan pertemuan dengan  Harussani dua bulan lalu tetapi menegaskan mereka tidak membincangkan soal kerjasama politik Umno dan PAS.
Ia kenyataan pertama Hasan sejak Harussani mendedahkan ada pemimpin PAS dan Umno menemuinya dan meminta beliau mengaturkan kerjasama perpaduan membabitkan kedua-dua parti itu.
Malah kata Hasan, beliau tidak diberi mandat untuk mengaturkan perbincangan dengan mufti berkenaan berhubung kerjasama politik Umno dan PAS.
“Saya tidak pernah diberi mandat oleh parti saya untuk membincangkan hal-hal politik perpaduan, oleh itu tidak ada agenda khusus membincangkan soal itu.
“Pertemuan tersebut tidak menatijahkan apa-apa tindakan susulan di kedua-dua pihak bahkan tidak ada sebarang perhubungan antara kami berdua selepas itu,” kata Hasan.
Pertemuan itu didakwa berlangsung di ibu negara hujung Mei lalu.
Hasan menambah pertemuan itu diadakan sehari sebelum mesyuarat Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri.
“Saya telah diminta mewakili kerajaan negeri dalam mesyuarat tersebut. Saya menjadikan pertemuan itu sebagai sebahagian daripada persediaan saya menghadiri mesyuarat tersebut,” katanya.
Dalam ulasan lanjut, Harussani bagaimanapun berkata tiada parti yang layak untuk membincangkan soal perpaduan orang Melayu kecuali Umno dan PAS.
“Ingin saya tegaskan perpaduan orang Melayu boleh berjaya sekiranya kerjasama Umno dan PAS dapat diwujudkan.
“Ini kerana saya melihat Umno memperjuangkan orang Melayu manakala PAS pula memperjuangkan agama Islam, jadi siapa yang lebih layak untuk mewujudkan perpaduan orang Melayu melainkan kedua-dua parti ini.
“Saya ingatkan melalui perbincangan untuk menyatukan orang Melayu boleh mencari jalan penyelesaian tetapi jadi makin teruk pula,” katanya.
Sebelum ini Harussani berkata, terdapat pemimpin kedua-dua parti Melayu berkenaan yang datang berjumpa beliau baru-baru ini bagi membincang dan meminta pandangan beliau berhubung cara untuk menyatupadukan kedua-dua parti tersebut.
Setakat ini kenyataan Harussani telah ditolak pemimpin tertinggi PAS dengan menyifatkannya sebagai “satu fitnah dan pembohongan.”
Dua naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub menegaskan, pihaknya tidak pernah memutuskan untuk meminta Harussani agar menguruskan pertemuan Umno-PAS bagi membincangkan penyatuan orang Melayu dan Islam.-tmi

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran