Friday, July 30, 2010

BUBAR DUN - SELANGOR UBAH STYLE

Hidup mesti perlukan perubahan....baru ada makna....kalau dok tang tu aje macam katak bawah tempurung....atau macam ulat dalam batu....apa ertinya....sesekali kita nak juga angin perubahan....baru kita ada semangat dan kekuatan.....jangan diikut cara orang umno.....nak menongkat langit selama-lamanya...tak kebodoh tu namanya.....


Bubar DUN: Pakatan Selangor timbang beri notis awal PRU





KUALA LUMPUR, 30 Julai — Pakatan Rakyat (PR) Selangor dijangka akan menggunakan pendekatan memberi notis memanggil pilihan raya umum negeri - amalan julung kali digunakan jika menjadi kenyataan.
Perkara tersebut diputuskan pada mesyuarat pimpinan PR Selangor pada 19 Julai lalu.
Malah pada mesyuarat itu PR juga telah memutuskan untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) jikapun Barisan Nasioanl (BN) memanggil pilihan raya umum tergempar di peringkat pusat dalam waktu terdekat.
Ketua Penerangan PAS Selangor Roslan Shahir Mohd Shahir memberitahu The Malaysian Insider, pihaknya mahu mengamalkan pendekatan baru ini bagi menyuburkan prinsip demokrasi di negara ini dengan memaklumkan semua pihak bahawa pilihan raya umum akan diadakan dalam tempoh tertentu.
“Misalnya, kami mengambil ketetapan bahawa enam bulan sebelum DUN dibubarkan untuk diadakan pilihan raya umum negeri, kami akan memaklumkan kepada umum bahawa pilihan raya negeri akan diadakan.
“Ia bukannya tarikh tepat tetapi sekadar memberi makluman atau notis awal kepada semua parti politik,” kata beliau dengan merujuk kepada amalan di beberapa negara demokrasi lain.
Justeru kata beliau, dengan cara itu semua parti boleh bersiap sedia, tidak seperti dahulu di mana parti-parti politik khususnya pembangkang terperangkap dan terkejut dengan pengumuman pembubaran DUN atau Parlimen oleh kerajaan BN.
Kata Roslan, PR mahu mewujudkan amalan baru di negara ini khususnya di Selangor dengan harapan ia akan menjadi ikutan pada masa-masa akan datang.
“Sebelum ini kita mengadu pilihan raya diadakan secara mengejut, tiada makluman awal yang mencukupi kepada parti-parti politik... oleh itu, kami mahu mewujudkan satu sistem baru di mana semua parti akan mendapat manfaat dari segi persediaan,” katanya.
Minggu lalu Roslan memberitahu The Malaysian Insider, PR Selangor tidak akan membubarkan DUN walaupun BN memutuskan untuk mengadakan pilihan raya umum Parlimen dan negeri-negeri yang dikuasai mereka.
PR Selangor mahu menggunakan tempoh mandat lima tahun sepenuhnya, tanpa mahu terikat dengan rentak BN bagi membolehkannya menunaikan janji-janji pilihan raya umum lalu.
Selangor salah satu daripada empat negeri yang kini diterajui PR. Tiga negeri yang lain ialah Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.
Menteri Besar dan Ketua Menteri boleh memutuskan untuk memanggil pilihan raya negeri dengan memperoleh perkenan Sultan ataupun Yang Dipertua Negeri.
Perdana Menteri pula boleh berbuat demikian di peringkat pusat dengan menperoleh perkenan Yang di-Pertuan Agong.
Lazimnya pilihan raya umum negeri dan pusat akan diadakan serentak.
Bagaimanapun pemerhati dan penganalisis menjangkakan kelainan ekoran perubahan landskap politik negara sejak 8 Mac 2008.
Mandat semasa akan berakhir Mei 2013.-tmi

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran