Friday, July 23, 2010

HJ HADI - UMNO PERLU BEREHAT

Den sokong sesangat komen hj hadi nie....hanya orang yang buta dan pokak ajo yang menapikannyo.....


Hadi: Umno-BN perlu berehat, teras politik masih di tangan Melayu



KUALA LUMPUR, 23 Julai — Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan orang Melayu tidak patut risau kerana “kuasa politik orang Melayu masih lagi di tangan orang Melayu.”
Hadi membuat penegasan itu dengan mengambil kira bahawa orang Melayu adalah penduduk majoriti negara ini.
Bagaimanapun beliau menimbulkan persoalan sama ada orang Melayu bersama dengan Umno ataupun dengan PAS.
“Soalnya adakah orang Melayu bersama dengan Umno atau bersama dengan PAS?
“Sekiranya orang Melayu bersama dengan PAS, orang Melayu tetap menjadi teras politik,” kata beliau dalam temu bual dengan Harakah.
Bulan lalu, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad beberapa kali mendakwa orang Melayu negara ini akan dipinggirkan dalam kuasa politik, sekali gus menjadi kuasa minoriti sebagaimana disaksikan di Singapura.
Dr Mahathir menegaskan masa sudah tiba untuk orang Melayu memikir dengan mendalam akan nasib masa depan mereka melalui tulis blognya.
Menurut bekas Perdana Menteri Malaysia, pemimpin Melayu berpendapat dengan 60 peratus daripada warga negara terdiri daripada Melayu, mereka masih menjadi majoriti dan masa depan mereka terjamin.
Menurut Hadi, yang berbeza dengan teras dikendalikan oleh Umno iaitu teras nasionalisme fanatik, tidak bertimbang rasa, oportunis, tidak menyelamatkan orang Melayu sendiri kepada satu teras yang baru dan baik yakni “Islam yang kita kemukakan ini.”
“Ia boleh menyelamatkan orang Melayu dalam masa yang sama menyelamatkan kaum yang lain daripada pertembungan yang boleh merosakkan kita dalam negara ini,” kata Ahli Parlimen Marang ini.
Hadi berkata, orang Melayu tidak lagi harus dipimpin oleh Umno, sebaliknya oleh PAS kerana semua kaum di Malaysia menerima orang Melayu adalah teras politik.
Beliau juga berkata, sudah tiba masanya untuk Umno-BN berehat dan bercuti daripada memimpin negara untuk membina partunya dan membentuk dirinya semula.
“Sebagaimana yang berlaku dalam demokrasi negara lain, dia boleh kembali berkuasa selepas diperbaiki dan kita boleh buat silap kalau kita memerintah,” katanya.
Hadi juga berkata, sepatutnya rakyat yang benar-benar demokratik akan memberi peluang kepada parti lain untuk memerintah.
“Mereka lihat dulu dalam masa lima tahun dan selepas itu mereka boleh membuat muhasabah terhadap semua parti termasuk Umno-BN, bukan kita sahaja,” katanya lagi.
Mengenai kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat, Hadi berkata kerjasama yang sangat baik dan positif wujud selepas Konvensyen Pakatan Rakyat Disember lalu.
“... apabila kita trlah berjaya meluluskan satu resolusi yang diterima oleh Pakatan Rakyat khususnya DAP iaitu menerima Islam sebagai agama persekutuan,” katanya.-tmi

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran