Sunday, July 4, 2010

ADA UMNO HARAM DIKELANTAN BAKAL ADA UMNO BARU VERSI 2

Den petik dari blog MSO......wahhh....kalau betul ni sudah bagus.....umno bakal diharamkan sekali lagi.....yo..la bak kata muhyiddin umno ni kapal lama....bilo dah bondo lamo tu....tentu banyak lubang sana sini....rosak sana sini....bertampal sana sini......bila dah macam ni....lesen mesti dah expired......dah tak boleh nak renew lagi dah.....50 tahun lebih.....mana boleh renew.....sebab tu agaknya dia orang bergerak secara haram.....maka jadilah dia pertubuhan haram.....huk3.....kesian....

............Dalam menepelak Umno itu Sobree ada menyebut mengenai tarikh15 Jun akan berlaku kejutan di Kelantan. Saya tercari-cari apakah signifikan dengan tarikh tersebut. Apakah pada tanggal itu 40 ulama muda dalam Pas akan menyertai Umno, atau sebaliknya. Sobree tidak akan melepaskan tip itu kalau tidak mempunyai maklumat yang tepat. Katanya pada tarikh itu Timbalan Presiden Umno, Muhyiddin Yassin akan merasmikan mesyuarat Umno Bahagian Tanah Merah.

Lalu saya merisik apakah rahsia yang akan terbongkar pada tarikh tersebut. Saya menghubungi seorang Timbalan Ketua Umno Bahagian di Kelantan pagi tadi untuk mengetahui apa yang berlaku pada tarikh tersebut. Mulanya dia agak keberatan untuk menjelaskan, tetapi selepaa saya melontarkan beberapa persoalan memerangkapnya akhirnya beliau menyebut apa yang dimaksudkan Sobree itu.

Katanya, mungkin apa yang dimaksudkan apa yang meletup pada 15 Julai berhubung dengan pengharaman Umno bahagian Tanah Merah. Katanya beberapa cawangan Umno dalam bahagian Tanah Merah didapati haram dan berikutan menyebabkan kemenangan ketua dan jawatan kuasa yang ada hari ini tidak sah.

Katanya kes itu sudahpun dibawa ke mahkamah. Beliau tidak berani menjelaskan apa yang berlaku selanjut dan implikasi terhadap kes mahkamah itu. Cuma menjelaskan kalau tindakan segera tidak diambil oleh Umno menyebabkan Umno kemungkinan akan diharam sekali lagi.

Sementara itu sumber lain pula menjelaskan kira-kira 1,700 cawangan Umno dari semua bahagian Umno di Kelantan didapati haram. Perkara ini katanya sudah pun dalam pengetahuan Muhyiddin Yassin dan juga Hishamuddin Hussein Onn. Paling merujakan dua kesemua cawangan dalam dua bahagian Umno didapati semuanya haram.

Beberapa pemimpin tertinggi Umno juga sudah dibekalkan dengan dokumen mengenai status cawanagn berkenaan. Ini termasuklah Ketua Badan Perhubungan Umno Kelantan, Mustapa Mohamed. Tambah sumber itu sekiranya tindakan mahkamah diadakan, membawa cawangan yang tidak sah itu ke mahkamah kemungkinan Umno akan mengalami nasib malang sekali lagi.

Berkenaan dengan tarikh misteri 15 Julai seperti mana disebut Sobree itu, katanya seorang bekas ahli Umno yang dikenakan tindakan dipecat oleh parti itu akan membuat laporan polis berhubung status Umno itu sebelum ianya akan dibawah ke mahkamah bagi menentukan apakah ekoran fenomena itu Umno akan diistyharkan sebagai pertubuhan haram sekali lagi.-mso

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran