Tuesday, July 6, 2010

HARAKAH PUN KENA SOUND DGN KDN

Ingat cerita 3 abdul....abd wahid - ini baru demokrasi....abd wahab - demokrasi apa?....abd wahid - demokrasi terpimpin....abd wahab - demokrasi terpimpin kepala hotak kau......hihihihihi......


KUALA LUMPUR, 6 Julai: Pemangku Ketua Pengarang Harakah, Taufek Yahya menafikan bahawa beliau pernah menyatakan bahawa Harakah akan mematuhi apa sahaja perkara yang terkandung dalam akta penerbitan seperti dilapor laman web Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini.
Sebaliknya kata beliau, dalam pertemuan dengan KDN semalam, beliau hanya memberitahu menghormati fungsi KDN dan meminta KDN juga menghormati peranan Harakah sebagai salah satu suara alternatif.
"Saya cuma kata kami menghormati peranan KDN sebagai agensi kerajaan, dalam masa yang sama saya juga minta KDN faham peranan Harakah sebagai akhbar oposisi dan juga penyalur suara alternatif," katanya ketika dihubungi.
Menjelas lanjut Taufek berkata, pertemuan hampir setengah jam di pejabat KDN semalam lebih tertumpu kepada penghantaran 8 naskhah Harakah ke kementerian itu sebaik selesai dicetak dan sebelum diedarkan.
KDN juga katanya bersedia mengambil sendiri naskhah berkenaan di pejabat Harakah.
Selain isu 8 naskhah tersebut, KDN juga katanya meminta pihak Harakah lebih "berhati-hati" dalam melaporkan isu yang diklasifikasikan sebagai sensitif seperti isu judi bola, isu Felda dan Jemaah Islamiah (JI).
Bagaimanapun katanya, terserah kepada Harakah menetukan batas laporan tersebut.
"Saya juga minta KDN benar-benar memisahkan antara perkara berkaitan keselamatan negara dengan hal keselamatan parti pemerintah.
"Kita tidak mahu isu-isu yang kita bagkitkan berhubung keselamatan Umno BN dianggap sebagai menjejaskan keselamatan negara," katanya lagi.
"Sama juga akhbar arus perdana yang memburukkan Pakatan Rakyat, kanapa tidak diklasifikasikan sebagai mengancam keselamatan negara?" soalnya.
Pertemuan semalam dipengerusikan Pemangku Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN, Datuk Abd. Rahim Mohd Radzi.
Turut hadir ialah Datuk Zaitun Ab Samad, Setiausaha Bahagian, Bahagian Penerbitan dan Teks Al Quran.
Taufek turut memberitahu, KDN ada memaklumkan bahawa pertemuan semalam bukan untuk berdebat, tetapi untuk saling faham memahami dan sekadar berbincang perkara berkaitan penerbitan Harakah.
Pertemuan itu juga katanya tidak menyentuh soal permit penerbitan akhbar tersebut.-harakah

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran