Sunday, July 25, 2010

PR KAKAK TUA BN PULAK KUDA TUA TEMPANG

Muhyiddin cakap PR burung kakak tua yang tak tau apa-apa.....malah pelabur lari dari negara pun disalahkan kerajaan selangor yang tak bijak mengurus....apalah punya mangkuk ni....dahlah kuda tua tempang otak pun dah macam burung kakak tua jugak.....cakap dia macam kita semua bodoh tak tau apa-apa....halo...tpm cerminlah diri dulu sebelum nak menyalahkan orang lain....umno dan bn ni dah macam kuda tua dan tempang....macam mana pelabur tak lari....dan biasanya kuda tua dan tempang nie hukumnya ditembak sebab dah tak berguna lagi dah.....pelabur akan datang semula jika PR memerintah....tak percaya...boleh cuba....



Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyifatkan Pakatan Rakyat, terutamanya di Selangor, hanya pandai berkata-kata seperti burung kakak tua, manakala kerajaan negeri itu hanya pandai membuat janji tanpa memikirkan adakah janji-janji itu mampu ditunaikan atau sebaliknya.

Beliau yang juga Timbalan Presiden Umno berkata pelbagai isu membelenggu kerajaan Selangor di bawah kepimpinan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim, seperti isu pasir dan kegagalan mengurus ekonomi, dan ia membuktikan bahawa mereka hanya pandai berkata-kata.


"Ini satu keadaan yang begitu teruk. Mereka tidak mampu mengurus ekonomi negeri walaupun mereka katakan kerajaan mereka cekap, membela rakyat dan boleh membuat apa saja untuk menentukan rakyat hidup dengan selesa.

"Tetapi sebenarnya mereka hanya bercakap, cakap mereka tidak serupa bikin, cakap pihak pembangkang tak serupa bikin. Mereka pandai berkata-kata seperti burung kakak tua...dia boleh menyanyi tapi dia tidak tahu apa yang dia buat," katanya ketika berucap merasmikan Program Juara Rakyat peringkat Parlimen Wangsa Maju di Pasar Besar Gombak, Batu 5, Jalan Gombak di Kuala Lumpur, hari ini.

Hadir sama ialah Pengerusi BN Wangsa Maju Datuk Mohd Shafie Abdullah dan Setiausaha Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan Datuk Syed Ali Al-Habshe.

Muhyiddin yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan berkata kegagalan itu memberi kesan besar kepada negara, khususnya Selangor di mana keyakinan pelabur mulai menyusut dan mula beralih arah ke tempat lain.-mkini

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran