Saturday, July 10, 2010

CHEGUBARD KENA TANGKAP LAGI

Sabo je lah chegubard.....nie sebab PI Bala  muncul semulalah dah ada cacing yang kepanasan....

 Seorang ahli majlis pimpinan pusat PKR Badrul Hisham Shaharin ditahan polis di Seremban antaranya ekoran tulisannya dalam blog mengenai Altantuya Shariibu.

Badrul yang juga dikenali sebagai Chegubard berkata, beliau ditahan di pejabat PKR Negeri Sembilan di Seremban ketika hendak mempengerusikan mesyuarat PKR cabang Rembau kira-kira jam 9 malam pada Jumaat.

“Baru nak pengerusikan mesyuarat cabang Rembau, sekumpulan 15 orang angggota polis serbu dan ambil Chegubard, ditahan dan dalam perjalanan ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Seremban,” tulisnya dalam laman blog mikro Twitter.

Badrul yang juga pengarang buku Di Sebalik misteri pembunuhan Altantuya juga menulis bahawa rumahnya di Bukit Chedang, Seremban digeledah polis selepas beliau ditahan.

Beliau memberitahu dibawa sekali ketika operasi itu dijalankan.

Polis kemudian merakamkan kenyataannya di IPD berkenaan, tulisnya lagi.

Ketika dihubungi Malaysiakini selepas dibebaskan dengan jaminan polis hampir jam 12 tengah malam tadi, Badrul mengesahkan laporan-laporan di Twitter berkaitan penahanannya.

Katanya, pihak berkuasa memberitahunya, beliau disiasat bawah akta hasutan kerana terdapat beberapa laporan polis dibuat terhadapnya dan ekoran kenyataannya di blog dan pentas ceramah.

“Saya ditunjukkan dan disoal berkaitan artikel di blog, antaranya berkaitan Altantuya dan raja. 

"Ya, saya mengaku saya yang tulis,” katanya.

Ditanya tentang penggeledahan rumahnya oleh pihak polis, Badrul yang juga jurucakap NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) berkata:

“Saya juga tidak jelas apa yang mereka (polis) cari. Tiada apa-apa diambil. Cuma polis mengambil gambar ruang kerja saya di rumah.”-mkini

1 comment:

  1. Padan Muka Kau!
    PARTI KENCING RAKYAT....

    ReplyDelete

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran