Saturday, July 3, 2010

MARADONA MAHU AJAR JERMAN

Nie.....pasukan pilihan den......den raso argentina boleh menang world cup nie.....malam nie pukul 10 jangan lupo yo.....dengar kata pengadil malaysia dah balik dah hari tu.....jadilah dapat pergi makan angin kat afrika....



JOHANNESBURG - Diego Maradona menjawab kritikan pedas yang dilemparkan pemain Jerman, Bastian Schweinsteiger terhadap Argentina.
Perancang sensasi Jerman itu menuduh pemain Argentina tidak mempunyai sikap hormat dan selalu cuba mempengaruhi keputusan pengadil.
Begitupun, dengan meniru loghat Jerman, jurulatih Argentina, Maradona berkata: "Kenapa dengan kamu ini Schweinsteiger? Adakah kamu gementar berjumpa kami?"
Kedua-dua pasukan gergasi ini akan turun beraksi dalam pusingan suku akhir Piala Dunia di Cape Town malam ini, pertemuan ulangan kepada insiden panas yang berlaku pada pusingan yang sama empat tahun lalu di Berlin.
Jerman memenangi perlawanan tersebut menerusi penalti 4-3, namun ia berkesudahan dengan insiden memalukan yang melibatkan pergaduhan di antara pemain dan jurulatih kedua-dua pasukan.
Pemain Argentina menuduh lawan mereka telah mengejek kekalahan mereka manakala Schweinstei- ger berkata, Jerman tidak seharusnya terpedaya dengan provokasi daripada pasukan Amerika Selatan itu.
"Kami tidak ada masa untuk fikirkan tentang apa yang dikatakan Schweinsteiger. Pemain hanya memikirkan tentang pembalasan kekalahan empat tahun lepas," kata Ma- radona.
"Saya tidak bimbang mengenai apa yang mereka kata. Kami sudah bersedia dan akan menewaskan mereka pada pertemuan esok (malam ini).
"Kami akan turun menyerang mereka dan biarkan mereka berkubu di depan gol sendiri. Inilah yang membuatkan mereka berasa gementar."
Maradona juga menegaskan, penyerang Manchester City, Carlos Tevez semakin meningkat sejak meninggalkan Old Trafford dan bermain untuk kelab Eastlands tersebut.
"Tevez telah menemui semula sentuhannya. Saya telah ke Manchester untuk berbincang dengannya ketika dia banyak memanaskan bangku simpanan.
"Saya nasihatkan dia supaya lebih kerap bermain dan kini dia telah melakukannya." - Agensi

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran