Friday, July 2, 2010

LAGI KELUAR PKR

Keluar....keluar....keluar.....buat menyemak jer....


230 Penyokong PKR Di Bagan Datoh Keluar Parti
BAGAN DATOH, 2 Julai (Bernama) -- Seramai 230 penyokong dari empat cawangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam kawasan parlimen Bagan Datoh telah keluar daripada parti itu untuk menyertai parti Makkal Sakhti.

Empat cawangan PKR itu ialah cawangan Sungai Timah, Batu 25, Taman Desa Baru dan Hutan Melintang.

Bekas Ketua PKR Cawangan Batu 25 M.Subaramaniam menyerahkan borang keahlian kepada Ketua Pemuda Makkal Sakhti Pusat, N.Ramu di sini malam tadi.

Kebanyakan mereka yang menyertai Makkal Sakhti berusia sekitar 35 tahun.

Subramaniam berkata mereka sudah hilang keyakinan terhadap kepimpinan PKR yang sejak akhir ini tidak konsisten dalam memperjuangkan nasib masyarakat India selain gagal menunaikan pelbagai janji yang ditabur.

Beliau berkata kesemua bekas penyokong PKR itu berikrar memberi sokongan kepada Barisan Nasional untuk merampas kembali kerusi Dewan Undangan Negeri Perak kawasan Hutan Melintang daripada PKR.

Ramu pula berkata berkata pihaknya menyasarkan 2,000 anggota baru Makkal Sakhti dalam tempoh tiga bulan akan datang.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran