Thursday, July 1, 2010

KJ MAHU KDN SIASAT SUARA PERKASAM

Nampaknya berkerat rotan berpatah arang sikj ni dengan siberahim ali....maka siluncai pun terjun dengan labunya.....biarkan...biarkan....biarkan....






KUALA LUMPUR, 1 Julai – Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin mahu Kementerian Dalam Negeri menyiasat Suara Perkasa, terbitan Perkasa pimpinan Datuk Ibrahim Ali, kerana menerbitkan rencana sulungnya meminta rakan sejawatan beliau dari MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
“Saya merasakan bahawa jika benar laporan muka depan Suara Perkasa keluaran hari ini menggesa Wee ditahan di bawah ISA, maka saya merasakan Kementerian Dalam Negeri dengan serius wajar melihat perkara ini.
“Tindakan ini tidak betul, anda tidak harus menyiarkan kenyataan-kenyataan macam ini. Saya serius, tidak bergurau,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.
“Saya merasakan adanya perbezaan ideologi antara saya dan ketua Perkasa Datuk Ibrahim Ali. Saya tidak bersetuju dengan Perkasa,” kata beliau sambil menambah, Perkasa tidak harus menghasut suasana yang tegang.
“Saya tidak membela Ka Siong, Perkasa tidak boleh menghasut ketegangan,” katanya.
Edisi sulung Suara Perkasa, akhbar Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia muncul “garang” hari ini dengan tajuk “Tahan Ka Siong di bawah ISA” – laporan yang merujuk kepada Timbalan Menteri Pelajaran yang menjadi sasaran kecaman NGO itu minggu lalu.-malaysianinsider

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran