Thursday, July 1, 2010

NAKHAIE MULA HENTAM ULAMA 40

Cakap dengan den.....sapa yang masuk politik tak ada agenda sendiri.....mesti ada maa.......abih kuat tak dapat jadi adun dapat projek pun sudah kuat maaa.....tapi apa ye....projek ulama 40 nie....buat madrasah-madrasah umno banyak-banyak kot......




KUALA LUMPUR, 1 Julai — Bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia(Yadim), Datuk Nakhaie Ahmad mendakwa kumpulan 40 ulama yang menyertai Umno Jumaat lalu adalah pengikut bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan mempunyai agenda tersendiri apabila menyertai parti itu.
Beliau berkata Asri menghantar pengikutnya supaya aliran pemikiran dan idealoginya dapat disalurkan ke dalam kepimpinan Umno.
“Ulama yang menyertai Umno baru-baru ini adalah pengikut Asri yang dihantar untuk menyampaikan aliran pemikiran beliau ke dalam Umno.
“Asri menghantar ulama ini dengan harapan mendapat kedudukan yang penting dalam Umno ataupun kerajaan.
“Jadi apabila sudah ada kedudukan yang baik mudah untuk mereka terapkan idealogi Asri,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.
Dari awal Nakhaie, yang merupakan bekas naib presiden PAS tetapi sertai Umno, tidak mempunyai hubungan “baik” dengan Asri.
Akhir Februari lalu Nakhaie memfailkan saman fitnah RM1.5 juta terhadap Asri dan tujuh yang lain termasuk editor dan wartawan akhbar Sinar Harian.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Nakhaie, yang kini berkhidmat sebagai Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), mendakwa Asri telah mengeluarkan tiga kenyataan fitnah terhadapnya dalam satu persidangan media pada 1 November tahun lepas dan dua artikel yang diterbitkan oleh Sinar Harian pada 2 dan 5 Nov tahun yang sama.
Katanya, kenyataan fitnah itu telah memberi gambaran buruk bahawa beliau adalah pihak yang menjadi dalang dalam isu memorandum menentang pelantikan Asri daripada menjadi Yang Dipertua (YDP) Yadim, dan ada penyelewengan berlaku di institusi tersebut.
Nakhaie juga mendakwa akibat daripada tindakan fitnah daripada defendan pertama yang dikeluarkan akhbar terbabit, kewibawaan dan reputasinya kian merosot.
Beliau berkata Umno perlu sentiasa berhati-hati dengan kehadiran kumpulan ulama tersebut kerana dikhuatiri akan memberikan kesan kepada kepimpinan parti itu dan juga pentadbiran kerajaan.
“Apabila seseorang menyertai Umno sudah pasti mereka mempunyai agenda tertentu termasuk kumpulan ulama itu kerana kita tidak tahu apa tujuan utama mereka menyertai Umno.
“Jika apa yang ingin disampaikan itu adalah idea politik ia tidak mempunyai masalah tapi kalau berkaitan dengan agama bimbang ia akan bercanggah dengan institusi agama seperti Majlis Agama Islam, Jabatan Agama Islam dan Jabatan Mufti.
“Ini kerana bukan semua idea berkaitan agama kita boleh terima bulat-bulat, sama seperti fahaman yang dibawa Asri ada yang kita setuju ada yang tidak. Jadi kepimpinan Umno perlu peka akan perkara ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan sekumpulan 40 ulama yang berusia antara 20-an dan 40-an menyertai Umno pada minggu lepas.
Kumpulan 40 ulama ini menyerahkan borang penyertaan ahli Umno kepada Presiden Datuk Seri Najib Razak di tingkat empat Menara Dato’ Onn sebelum mesyuarat Majlis Tertinggi Umno.
Kumpulan itu diketuai oleh Fadlan Mohd Othman, pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mengulas lanjut, Nakhaie berkata kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai ulama itu perlu buktikan bahawa memang layak untuk diiktiraf ulama.
“Ulama dikenali dengan hasil ilmiyahnya, jadi bagaimana orang yang tidak mempunyai sebarang hasil ilmiyah boleh digelar ulama?
“Mereka perlu buktikan terlebih dahulu bahawa mereka benar-benar layak digelar ulama,” katanya.
Sementara itu, bekas mufti Wilayah Persekutuan Datuk Pirdaus Ismail berkata langkah yang diambil kumpulan ulama itu dengan menyertai Umno adalah satu tindakan yang bijak.
“Secara peribadi bagi saya ulama masuk Umno adalah satu perkara yang bagus dan menggembirakan.
“Ini membuktikan bahawa mereka sudah sedar dan mahu berjuang bersama-sama Umno,” kata beliau yang pernah bertanding sebagai calon Umno di kawasan parlimen Permatang Pauh.
Beliau juga menafikan dakwaan bahawa penyertaan ulama itu semata-mata untuk menyebarkan pemikiran dan idea Asri dalam Umno.
“Saya tidak bersetuju sama sekali dengan dakwaan itu kerana Umno selama ini tidak akan dikuasai oleh mana-mana fahaman.
“Jadi saya percaya kehadiran ulama itu hanya untuk memainkan peranan dalam membantu memperjuangkan Umno malah saya percaya kemasukan mereka adalah sesuatu yang positif,” katanya.-malaysianinsider

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran