Saturday, May 16, 2009

Tambahan 2,141 Kuota Guru Dan Pengetua Cemerlang - Muhyiddin

KUALA TERENGGANU, 16 Mei (Bernama) -- Kerajaan meluluskan serta-merta pertambahan 2,141 kuota bagi jawatan guru dan pengetua cemerlang bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) di sekolah menengah di seluruh negara, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, berkata kerajaan juga bersetuju untuk mewujudkan beberapa jawatan guru cemerlang bagi PPPS yang berkhidmat di sekolah rendah.

Muhyiddin berkata bagi guru cemerlang Gred Khas C, kerajaan bersetuju menambahkan kuota daripada 24 kepada 36 jawatan manakala tambahan 34 jawatan lagi kepada 100 jawatan sedia ada untuk Gred DG54.

Gred DG52 pula ditambah daripada 250 kepada 336 jawatan, Gred DG48 daripada 1,000 kepada 1,345 jawatan, Gred DG44 daripada 4,000 kepada 5,379 jawatan, pengetua cemerlang Gred Jusa C daripada 10 kepada 20 jawatan dan pengetua cemerlang Gred DG54 daripada 200 kepada 475 jawatan.

Pengetua cemerlang Gred DG52 pula dikekalkan sebanyak 400 jawatan, katanya.

Bagi jawatan guru cemerlang PPPS yang berkhidmat di sekolah rendah pula, beliau berkata sebanyak 173 jawatan diwujudkan bagi Gred DG48 dan 1,737 jawatan untuk Gred DG44.

Muhyiddin berkata Pegawai Perkhidmatan Bukan Siswazah juga akan menikmati laluan kerjaya yang sama apabila kerajaan selesai melakukan kajian mengenainya tidak lama lagi. "Bagi Pegawai Perkhidmatan Bukan Siswazah pula masih di peringkat rundingan dan penilaian oleh JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) dan kementerian.

"Saya berharap satu yang positif dapat dicapai. Bila (perkara ini) dapat diputuskan, kita beritahu tarikh sebenar. Saya sebut tadi (dalam ucapan), tidak payah tunggu tahun depan...kalau boleh selesai awal," katanya.

Muhyiddin berkata kerajaan juga bersetuju memberikan Elaun Khas Mengikut Lokasi dan Tahap Kesusahan (EKMLTK) kepada pasangan pegawai yang turut berkhidmat di sekolah-sekolah pedalaman selaras dengan hasrat kerajaan mewujudkan masyarakat penyayang.

Beliau berkata tarikh berkuatkuasa elaun itu dikebelakangkan mulai 1 Mac lepas.

Katanya kerajaan juga akan membuat Bayaran Insentif Pembantu Pengurusan Murid sebanyak RM200 sebulan kepada Pembantu Pengurusan Murid (PPM) yang bertugas di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas dan Program Pendidikan Khas Integrasi di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan.

"Tarikh kuatkuasa bayaran insentif itu juga telah dikebelakangkan mulai 1 Januari 2009," katanya.

Beliau berkata bayaran itu adalah bagi menghargai pengorbanan yang telah diberikan oleh anggota khidmat sokongan, terutamanya PPM.

Kata den
Pada guru-guru semua selamat hari guru.Semoga berita ini memberi sedikit kegembiraan pada cikgu-cikgu semua walaupun ada banyak lagi kesusahan yang cikgu semua tanggung kalau nak dikira denga
n jumlah cikgu yang seramai dekat 300,000 ribu dibanding dengan 2141 kenaikan pangkat apalah yang hebat sangat.sekali lagi selamat hari guru.

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran