Sunday, May 31, 2009

Najib Berazam Pertingkatkan Hubungan Malaysia-China

PUTRAJAYA, 31 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berazam untuk memanfaatkan lawatan rasmi empat hari beliau ke China bermula 2 Jun ini bagi mempertingkatkan hubungan Malaysia-China yang diasaskan oleh allahyarham ayahanda beliau Tun Razak Hussein 35 tahun lepas.

Perdana Menteri berkata lawatan itu diharap dapat menarik lebih banyak pelaburan dan pelancong dari China, di samping mendorong negara itu memindahkan teknologi baru ke Malaysia.

Najib, yang berpuas hati dengan tahap hubungan Malaysia-China ketika ini, melahirkan keyakinan bahawa ia akan mencatat kemajuan berlipat kali ganda pada tahun-tahun akan datang.

Dalam tempoh beberapa tahun sebelum ini, kedua-dua negara mencatat kemajuan yang amat memberangsangkan dalam hubungan perdagangan dan ekonomi.

Tahun lepas, nilai dagangan dua hala Malaysia-China mencapai paras AS$39.6 bilion, meningkat lebih 10 peratus berbanding jumlah pada 2007.

China adalah rakan perdagangan keempat terbesar dan pasaran eksport keempat terbesar bagi Malaysia, manakala negara ini pula merupakan pelabur kesembilan terbesar di China pada tahun lepas.

"Apa yang perlu kita lakukan sekarang ialah mengeratkan lagi hubungan ini. Kita perlu berusaha untuk meningkatkan lagi kemajuan dalam segenap bidang hubungan, yang telah kita mulakan kira-kira 35 tahun lepas.

"Saya percaya, semasa arwah bapa saya menjalin hubungan ini 35 tahun lepas, mereka tidak menduga hubungan yang dirintis itu akan maju dan berkembang seperti apa yang wujud sekarang," kata Najib.

Malaysia adalah negara pertama dari Asia Tenggara yang menjalin hubungan dua hala dengan China dan merupakan sebuah negara komunis ketika perdana menteri kedua Malaysia Tun Razak Hussein melakukan kunjungan enam hari ke negara itu bermula 28 Mei 1974.

Dalam keadaan begitu memuncaknya Perang Dingin ketika itu, tiada negara Asia Tenggara, selain Malaysia, yang berani bersahabat dengan China.

Bagaimanapun, sejarah membuktikan betapa gambar yang merakamkan Tun Razak berjabat tangan dengan pemimpin nombor satu China komunis ketika itu, memberi kesan besar terhadap perjuangan Malaysia dalam menghapuskan Parti Komunis Malaya (PKM), yang diketuai Chin Peng, hingga membawa kepada terkuburnya parti haram itu dan menamatkan perang gerila yang dilancarkan anggotanya terhadap rakyat dan pasukan keselamatan negara ini sejak sekian lama.

Adakah Malaysia tidak takut kepada China, yang merupakan negara besar komunis ketika itu?

"Semasa Laksamana Admiral Cheng Ho datang bersama 30,000 askarnya ke Melaka, beliau boleh menakluki Melaka. Tapi, beliau tidak berbuat demikian. Sebab itulah kami tidak takut kepada China," kata Najib.

Laksamana Cheng Ho, pahlawan dan peneroka besar China, datang ke Melaka antara 1405 dan 1433 semata-mata untuk berdagang.

Najib menyifatkan langkah yang diambil bapanya itu sebagai "amat berani, bersejarah dan keputusan yang dibuat mendahului zamannya."

Satu tradisi yang berterusan hingga kini, yang tidak diketahui banyak orang, ialah semua duta China ke Malaysia akan melakukan kunjungan hormat terhadap isteri Tun Razak, Tun Rahah Mohd Noah, apabila melaporkan diri untuk berkhidmat di negara ini, kata Tan Sri Dr Michael Chen semasa mengiringi Najib melawat China pada 2005.

Chen merupakan anggota delegasi Tun Razak dalam lawatan ke China.

Lawatan Najib ke China penting kerana ia merupakan kunjungan pertama beliau ke negara bukan anggota Asean selepas mengambilalih jawatan Perdana Menteri pada 3 April lepas.

Sebelum ini, beliau melawat China dua kali iaitu pada Mei 2004 dan September 2005, ketika menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Kata Najib, dalam keadaan dunia dilanda kemelesetan ekonomi sekarang, Malaysia dan China boleh bekerjasama bagi meredakan masalah itu dengan memastikan wujudnya permintaan yang mencukupi di negara masing-masing.

Contohnya, jika China meningkatkan permintaan terhadap sesuatu produk, ia akan mewujudkan semula permintaan di seluruh dunia terhadap produk berkenaan dan sememangnya, China telah mewujudkan kembali permintaan terhadap produk bulan lepas.

Pada perjumpaan dengan pengarang kanan dari 10 organisasi berita China di pejabat beliau di sini minggu lepas, Najib berkata Malaysia dan China perlu menyokong perdagangan terbuka dan bukan dasar perlindungan.

Pengarang berkenaan adalah daripada Beijing News, Financial Times, The People's Daily, Shanghai Daily, China Security Journal, Global Times, Caijing Magazine, Xinhua News Agency, China Daily dan Beijing Review.

Dalam temubual sejam itu, mereka juga berminat untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang model baru ekonomi Malaysia, dua pakej rangsangan ekonomi yang dilancarkan kerajaan, konsep 1Malaysia dan laman blog Najib.-bernama

Kata den

Ko tak samo dgn bapak ngko jib darah samo prinsip tak samo ada hati konon....


No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran