Saturday, May 16, 2009

Mahkamah dengar rayuan Zambry, Nizar Khamis depan

PETALING JAYA: Mahkamah Rayuan akan mendengar Rayuan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah pada Khamis ini.

Mahkamah itu juga akan mendengar permohonan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi pada hari yang sama.

Sebelum ini mahkamah menetapkan untuk mendengar rayuan Nizar pada Isnin depan.

Peguam Nizar, Amer Hamzah berkata beliau berharap mahkamah akan mendengar rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi dahulu supaya mengekalkan pelaksaan keputusan yang memutuskan Nizar sebagai Menteri Besar yang sah.

Isu perundangan melibatkan Nizar dan Zambry telah bermula sejak February lalu apabila Zambry telah dilantik sebagai Menteri Besar menggantikan Nizar.

Pad 13 Februari lalu, Nizar memfailkan permohonan untuk mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar yang sah.

Sehinggalah pada Isnin lalu, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin ialah Menteri Besar Perak yang sah.

Bagaimanapun Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Ramly Ali membenarkan Datuk Seri Dr. Zamry Abdul Kadir kekal sebagai Menteri Besar Perak sehingga Mahkamah Rayuan menyelesaikan kes rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi tersebut.


kata den

Korang tengok den pun dah tak roti nak cakap apo kang cakap lebih-lebih kato menghina mahkamah tak pun akta hasutan tapi korang cubolah pikir mulo-mulo kata hari senin tetibo tukaq pulak hari khamis takke gilo tu namoeh.Tak po ni mahkamah dunio dioorang boleh buek sesuko hati diorang jangan lupo kito ada mahkamah rakyat dan mahkamah Allah tunggulah pembalasan Nya nanti makin dioorang buek lagu ni makin rakyat dan Allah menyampah kat dioorang harapan PR untuk menang semakin cerah.Bersabarlah kito semuo karna Allah besertabersama orang-orang yang sabar.

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran