Monday, May 25, 2009


Sultan Selangor selamat pulang ke tanah air selepas pembedahan di AS

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini kembali ke tanah air setelah menjalani pembedahan jantung di Pusat Perubatan Universiti Stanford, Palo Alto, San Franciso, California.

Baginda mengucapkan terima kasih kepada semua lapisan rakyat yang telah mengadakan sembahyang hajat serta mendoakan baginda selamat menjalani pembedahan.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Sulit baginda, Datuk Mohammad Munir Bani, Sultan menyampaikan rasa terharu baginda dengan sembahyang hajat dan doa selamat itu.

Menurut kenyataan itu, Sultan Sharafuddin beransur pulih selepas pembedahan itu dan baginda dinasihatkan oleh doktor supaya berehat dan tidak menjalankan tugas-tugas rasmi untuk sekurang-kurangnya enam minggu lagi.

Sultan Selangor tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA jam 3 petang tadi, disambut oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersama ahli-ahli Exco dan ketua-ketua jabatan kerajaan.

Mufti Selangor, Datuk Setia Mohd Tamyes Abdul Wahid mengetuai bacaan doa selamat sejurus baginda tiba di Kompleks Bunga Raya KLIA.

Tan Sri Khalid melahirkan rasa gembira dengan kepulangan baginda tuanku ke tanah air dan berdoa agar kesihatan tuanku bertambah baik.

Beliau berharap, rakyat Selangor bersabar seketika untuk berjumpa dengan Tuanku sehingga baginda sihat sepenuhnya.

Kata den

Daulat Tuanku semoga tuanku cepat sembuh

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran