Friday, May 15, 2009

Pakatan Bersedia Temui Najib

Pakatan Rakyat bersedia untuk menemui Perdana Menteri Najib Abdul Razak bagi memecahkan kebuntuan politik dan memulihkan demokrasi di negeri Perak.

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim bagaimanapun berkata Pakatan Rakyat tetap dengan pendirian bahawa jalan penyelesaian kepada krisis perlembagaan Perak adalah melalui pilihan raya negeri.

“Pakatan Rakyat bukan mahu bertolak-ansur, tetapi bekerja bersama-sama untuk menghormati Perlembagaan, menghormati Kedaulatan Undang-Undang, dan kemuncaknya kembali kepada rakyat,” kata Anwar.

Beliau yang mewakili Pakatan Rakyat berkata demikian pada sidang akhbar bersama pemimpin lain di Pejabat Agung PAS di Kuala Lumpur hari ini. Presiden Pas Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Menteri Besar Perak Nizar Jamaluddin turut hadir di sidang akhbar itu.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu juga menegaskan Pakatan Rakyat bersetuju mengadakan pertemuan dengan Najib bersandarkan kepada hasrat Pakatan memulihkan institusi demokrasi yang terhakis disebabkan rampasan kuasa Barisan Nasional.


kata den

Tok Jib lepas ni ko jangan main wayang pulak macam-macam alasan bagi sebab ko nak pertahankan kerajaan haram ko tu kalau bincang bincang betul-betul jangan koner-koner silap koner kang korang yang terlingkup.oklah den harap korang semua sukses.

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran